Utama Perbankan UOB Malaysia dan Fasspay bekerjasama sediakan penyelesaian pembayaran tanpa sentuh untuk penghantaran...

UOB Malaysia dan Fasspay bekerjasama sediakan penyelesaian pembayaran tanpa sentuh untuk penghantaran pada titik terakhir J&T Express

299
0
Dari kiri ke kanan: Mr Vincent Low, Assistant Chief Executive Officer of J&T Express; Mr Andy Cheah, Managing Director and Country Head of Wholesale Banking, UOB Malaysia; Mr Lucas Chew, Executive Director and Country Head of Transaction Banking, UOB Malaysia; and Mr. Chris Leong, Chief Strategy Officer of Soft Space and Chief Executive Officer of Fasspay.

Kuala Lumpur, Malaysia, 25 Mac 2024 – UOB Malaysia dan Fass Payment Solutions (Fasspay) hari ini mengumumkan kerjasama strategik yang bertujuan memudahkan penghantar barang J&T Express menggunakan telefon pintar mereka sebagai terminal tempat jualan (POS) untuk menerima pembayaran kad debit tanpa sentuh semasa melakukan penghantaran pada titik terakhir (atau last mile delivery).

Kerjasama ini memperkenalkan sistem menerima pembayaran secara mengetik pada telefon atau ‘tap-on-phone’ yang pertama bagi syarikat industri logistik di Malaysia melalui Fasstap™, penyelesaian canggih yang mengubah mana-mana peranti didayakan komunikasi medan dekat (NFC) yang menggunakan sistem pengendalian Android dan Harmony OS sebagai terminal POS. Pada masa ini, J&T Express memproses hampir tujuh juta transaksi bayar waktu terima (COD) yang bernilai kira-kira RM200 juta sebulan. Sistem pembayaran digital ini memberikan alternatif yang lebih mudah dan tepat pada masanya berbanding model berasaskan tunai yang biasa digunakan, di samping menyelaraskan proses pembayaran bagi meningkatkan kecekapan.

Di bawah perkongsian ini, UOB Malaysia bertindak sebagai bank penyelesaian untuk memudahkan pengaliran dana antara pihak melalui Fasstap™, aplikasi yang dibangunkan sendiri oleh Fasspay. Penghantar barang J&T Express kini boleh menerima pembayaran secara terus apabila pelanggan mengetik kad debit pada telefon pintar mereka, sekali gus memperkemas proses pembayaran dan mempertingkatkan pengalaman penghantaran secara keseluruhannya. Pembayaran akan dikreditkan serta-merta ke akaun UOB J&T Express, di mana penghantar barang akan menerima pemberitahuan kredit sebaik sahaja transaksi berjaya dilakukan. 

Encik Lucas Chew, Pengarah Eksekutif dan Ketua Negara bagi Perbankan Transaksi, UOB Malaysia, berkata, “Komitmen UOB untuk memacu inovasi digital selain memudahkan pertumbuhan perniagaan dalam dan melangkaui ASEAN adalah faktor yang mendorong penyelesaian pembayaran yang pertama seumpamanya dalam pasaran. Kerjasama dan penyelesaian pengurusan tunai yang tersuai dengan keperluan J&T Express dan Fasspay bukan sahaja memberi kesenangan kepada pelanggan J&T Express, namun juga berupaya menangani masalah utama dalam industri logistik.

Encik Chris Leong, Ketua Pegawai Strategi Soft Space dan Ketua Pegawai Eksekutif Fasspay, mengulas, “Menurut kajian baru-baru ini, tujuh daripada sepuluh pengguna Malaysia adalah aktif dalam menggunakan kad tanpa sentuh. Kami ingin membangunkan lagi trend ini dengan menambah bilangan tempat pembayaran tanpa sentuh, terutamanya di kawasan yang tidak keberkesanan kos sebelum ini. Matlamat kami adalah untuk menghapuskan kos dan risiko yang berkaitan dengan pengendalian tunai, justeru membawa kepada penjimatan yang ketara untuk segmen bayar waktu terima bungkusan, dan juga membolehkan J&T Express mendapat bayaran dengan cekap dan serta-merta selepas pembayaran dilakukan.

“Kami gembira kerana dengan Fasstap™, penghantar barang boleh menggunakan telefon mereka sendiri untuk menerima pembayaran tanpa sentuh. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan rakan kongsi dinamik seperti J&T Express dan UOB Malaysia untuk bersama-sama memenuhi wawasan menambah baik ekosistem tanpa tunai logistik, bermula dari Malaysia dan kemudiannya ke ASEAN pada masa hadapan.”

Encik Vincent Low, Penolong Ketua Pegawai Eksekutif J&T Express, berkata, “Kami berbesar hati bahawa sebagai hasil daripada kerjasama antara kami, UOB Malaysia dan Fasspay, kami merupakan syarikat kurier pertama untuk melancarkan penyelesaian pembayaran tanpa tunai di Malaysia. Inisiatif ini bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan operasi malah ia juga akan menggalakkan kelestarian alam sekitar.

Penyelesaian pembayaran tanpa tunai ini menawarkan lebih fleksibiliti dan kemudahan kepada pelanggan kami, selaras dengan gaya hidup yang serba pantas pada masa kini. Melalui beberapa ketikan sahaja pada telefon pintar mereka, pelanggan kini boleh membuat pembayaran dengan lancar, sekali gus menjimatkan masa yang sangat berharga dan juga usaha mereka.”

Kedua-dua Fasspay dan J&T Express sudah lama merupakan pelanggan pengurusan tunai UOB Malaysia. Selain menyediakan penyelesaian pembayaran tanpa sentuh, Bank juga sedang bekerjasama dengan Fasspay menyediakan kemudahan dan fleksibiliti bagi penghantar barang J&T Express di seluruh negara menerima pembayaran melalui DuitNow QR pada peranti berdaya Fasstap™ mereka pada masa hadapan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.