Utama Komputer Cara percepatkan waktu ‘boot’ Windows 10 dengan melumpuhkan program Startup

Cara percepatkan waktu ‘boot’ Windows 10 dengan melumpuhkan program Startup

2410
1

Melumpuhkan program ‘startup’ dapat mempercepatkan waktu ‘boot’ sesebuah PC selain dapat menjimatkan penggunaan RAM bagi PC berspesifikasi rendah memori.

Salah satu punca mengapa komputer Windows 10 anda ‘terasa berat’ adalah disebabkan oleh terlalu banyak program yang sedang dijalankan pada latarnya (background). Sesetengah program ini mungkin tidak terlalu penting untuk kita menjalankan tugasan pada komputer kita. Menghentikan program-program sebegini sewaktu ‘startup’ mungkin dapat meningkatkan prestasi keseluruhan komputer.

Untuk membuangnya, anda boleh mendapatkannya dari Task Manager. Cara untuk membuka Task Manager pada Windows 10 adalah dengan menekan kekunci Ctrl+Shift+Esc secara serentak. Atau dengan cara lain dengan klik kanan pada penjuru kanan sebelah bawah skrin dan pilih Task Manager. Jika tiada sebarang tab yang muncul pada Task Manager anda, klik pada “More Details”. Pelbagai perkara yang boleh dilakukan menerusi fungsi Task Manager ini, namun kita tumpukan dulu pada cara untuk lumpuhkan program sewaktu startup.

Klik pada tab “Startup” dan seterusnya anda akan melihat senarai program-program dan servis-servis yang turut dimuatkan bersama ketika komputer anda mula dihidupkan. Turut disertakan bersama-sama senarai nama program dan servis tersebut nama penerbit bagi setiap program yang disenaraikan. “Startup impact” menerangkan sejauh mana program-program yang disenaraikan memberi kesan terhadap Windows 10 sewaktu hendak dihidupkan.

Bagi menghentikannya, klik kanan pada program yang anda ingin lumpuhkan dan pilih “Disable”. Ia hanya akan melumpuhkan program-program atau sistem dari dimulakan sewaktu komputer baru dihidupkan dan ianya masih boleh dijalankan seperti biasa.

Anda boleh menghidupkannya kembali dengan klik kanan pada program yang telah dilumpuhkan itu tadi dan pilih “Enable”.

Itu sahaja panduan ringkas dari kami berkenaan cara untuk melajukan komputer Windows 10 anda dengan menggunakan fungsi melumpuhkan Startup melalui “Task Manager”.

Sumber imej diperoleh dari Artech

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.