Utama Android Samsung Pantas dan Efisien dengan Samsung Galaxy A52s 5G untuk anda yang Sibuk

Pantas dan Efisien dengan Samsung Galaxy A52s 5G untuk anda yang Sibuk

543
0

Sama ada anda seorang pelajar kolej atau sibuk bekerja, memiliki telefon pintar yang anda tahu bahawa anda boleh bergantung pada bila-bila masa, siang dan malam! – sangat penting.

Tanpa membuang masa, inilah sebabnya Galaxy A52s 5G adalah rakan anda yang boleh dipercayai untuk yang sangat sibuk di luar sana.

Dengan harga runcit yang disyorkan iaitu RM1,899, peranti ini dibekalkan dengan bateri 4,500mAh – cukup berkuasa untuk penggunaan sehingga dua hari.

Mod Power Saving juga menganalisis rutin anda dan mengoptimumkan sumber CPU dan menghentikan data latar belakang untuk menjimatkan bateri. Sekiranya bateri anda habis, peranti ini juga menyokong pengecasan pantas 25W yang akan mengecas sebanyak 50% dalam 30 minit, membenarkan anda untuk kembali bekerja tanpa membuang masa.

Dengan kemampuan 5G, anda boleh memuat turun fail besar dengan pantas apabila 5G tersedia di Malaysia. Oleh kerana kelajuan ultra-cepat dan latensi rendahnya, anda dapat menghadiri kelas atau mesyuarat online dan beralih antara aplikasi dengan begitu lancar sekali dengan RAM 8GB. Sekiranya anda perlu menyimpan dokumen peribadi di telefon, anda boleh menyimpannya di Secure Folder yang hanya dapat diakses dengan cap jari atau kata laluan anda.

Galaxy A52s 5G kini boleh didapati dalam empat warna bergaya – Awesome White, Awesome Black, Awesome Violet dan Awesome Mint. Tukar beli sehingga lima peranti atau dapatkan pelan ansuran 0% berharga RM79.13/bulan di Samsung Online Store.

Sekiranya anda membeli peranti ini sehingga 31 Oktober 2021, anda akan menerima Clear Standing Cover bernilai RM109 secara percuma. Jika anda berminat untuk mendapatkan Samsung Care+ 1 Year Accidental & Liquid Breakage Plan atau Samsung Care+ 2 Years Accidental & Liquid Breakage and Breakdown Plan, terima diskaun sebanyak 20% sehingga 31 Disember 2021 dimana-mana Samsung Experience Store. 

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Galaxy A52s 5G, sila layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a52s-5g-awesome-black-256gb-sm-a528bzkhxme/buy/ 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.