Pelbagai cara boleh dilakukan untuk buang virus di dalam komputer selain dari penggunaan perisian antivirus. Bagi anda yang mempunyai masalah dari segi bajet untuk membeli perisian antivirus, anda boleh cuba melakukannya dengan menggunakan command prompt.
Virus-virus pada kebiasaannya akan mengubah attribute pada fail atau folder yang dijangkitinya supaya ianya sukar untuk diakses. Sesetengah attribute yang diubah melibatkan keizinan untuk melakukan baca, tulis dan melaksanakan (execute) pada fail berkenaan. Menggunakan arahan ‘attrib’ di dalam cmd, kita boleh melakukan perubahan pada attribute dan reset struktur dalaman fail berkenaan untuk memulihkannya kembali.
Jadinya, bagaimana virus-virus boleh dibezakan dengan fail-fail lain di dalam Windows?
Virus hadir di dalam sistem sebagai format fail dengan menunjukkan kriteria-kriteria seperti berikut;
- Boleh tersorok (hidden) dari pengguna
- Boleh hadir dalam bentuk fail ‘autorun’ atau autoexec.
- Boleh hadir sebagai fail pelaksana (exec)
- Boleh hadir sebagai fail yang mempunyai tahap-tahap keizinan yang berbeza.
Antara contoh virus-virus yang mempunyai kriteria-kriteria sama seperti yang diterangkan di atas adalah;
- Autorun.inf
- Ravmon.exe
- New Folder.exe
- svchost.exe
- Heap41a
Buang Virus dari Storan USB, Pendrive guna CMD pada Windows 10
Untuk menghapuskan virus dengan menggunakan command prompt, kita akan menggunakan arahan ‘attrib‘ di dalam cmd. Arahan ini berperanan untuk memaparkan, menetapkan dan membuang attribute yang berlainan di dalam sesebuah fail atau folder seperti baca-sahaja, arkib, sistem, atau attribute tersembunyi. Melalui arahan ini juga, kita akan cuba mengubah attribute yang telah ditetapkan pada fail-fail yang terlibat dan seterusnya, memulihkan ia kembali.
Berikut adalah attribute asas untuk arahan attrib yang boleh kita gunakan;
R – Mewakili attribute ”Read-Only” (baca sahaja) untuk fail atau folder berkenaan. Read-only bermaksud fail berkenaan tidak boleh ditulis atau dilaksanakan.
H – Mewakili attribute “hidden” (tersembunyi)
S – Attrtibute ini digunakan untuk mengubah attribute fail atau folder yang dipilih dari fail pengguna kepada fail sistem dengan menetapkannya sebagai “system”.
Sintaks “attrib”
ATTRIB [+ attribute | – attribute] [pathname] [/S [/D]]
Berdasarkan susun atur arahan di atas, berikut adalah parameter-parameter dan pengubah-pengubah yang boleh digunakan:
‘+ / –’ : Untuk menetapkan atau membatalkan attribute-attribute tertentu
‘attribute’ : Sama seperti yang diterangkan di atas
‘/S’ : Membuat carian pada kesemua laluan ke lokasi (path) termasuk subfolder
‘/D’ : Memasukkan sekali folder proses
‘pathname’ : Lokasi di mana fail atau folder berkenaan ditempatkan
Berikut adalah contoh bagaimana sintaks attrib digunakan;
ATTRIB [+R | -R] [+A | -A ] [+S | -S] [+H | -H] [+I | -I] [drive:][path][filename] [/S [/D] [/L]]
Jom kita mulakan:
Katakan terdapat virus ‘autorun.inf’ pada storan D: anda. Langkah pertama yang anda perlu lakukan;
- Mulakan command prompt sebagai administrator

- Disebabkan virus ‘autorun.inf’ ini berada di dalam storan D:, kita perlu mengubahkannya dengan taipkan D: dan tekan butang Enter.

- taipkan attrib dan tekan butang Enter. Arahan ini akan menyenaraikan segala fail di dalam pemacu yang dipilih dan anda akan nampak virus autorun.inf di dalam senarai seperti di bawah.

- Untuk membuang virus dengan menggunakan CMD, taipkan attrib -r -a -s -h *.* dan tekan butang Enter. Arahan ini akan membuang attribute-attribute Read Only, Archive, System dan hidden di dalam fail-fail berkenaan.

- Harus diingat, arahan ini hanya akan membuang attribute fail sahaja dan failnya masih ada lagi di dalam storan berkenaan. Untuk membuang fail virus tersebut, taipkan del autorun.inf dan tekan butang Enter.

Langkah yang sama boleh juga dilakukan pada storan lain termasuk pendrive USB. Virus-virus dengan extension lain seperti .exe, .ink, dan juga virus shortcut boleh dipadamkan dengan menggunakan cara yang sama.
Semoga panduan yang disampaikan ini dapat membantu anda dalam menghapuskan virus yang mengganggu kerja harian anda.














Virus shortcut tu memang selalu kena..habis semua benda dalam pen drive hilang
Fail tu still ada lagi. Cuma kena sorok dengan virus tu je. Biasa, lepas buang kita akan nampak semula file tu dalam satu folder takda nama yang baru di create.
Terbaik Tuan.. Terima Kasih. Saya memang selalu terkena hidden fail..Apabila telah scan, ianya kembali semula.