Masalah sebegini boleh menyebabkan ralat seperti ‘website not found’ atau tidak dapat melihat sesetengah halaman web yang telah berubah.
Antara cara yang boleh dilakukan untuk membuat ‘flushing’ adalah seperti berikut;
Melalui Command Prompt
- Pada butang Start, taipkan “CMD“
- Klik kanan pada “Command Prompt“, kemudian pilih “Run as Administrator“.
- Taipkan
ipconfig /flushdns
dan seterusnya tekan “Enter“.
Melalui Windows PowerShell
- Pilih butang “Start”, kemudian taipkan “powershell“.
- Pilih “Windows PowerShell“.
- Taipkan baris perintah berikut
Clear-DnsClientCache
, seterusnya tekan “Enter“
Soalan-soalan lazim
Apa itu DNS Resolver Cache?
Apabila anda melawat laman web menggunakan nama domainnya (contoh: hteknologi.com), pelayar anda akan menghalakannya ke sebuah pelayan DNS bagi mendapatkan alamat IP laman tersebut. Seterusnya, anda akan dibawakan ke laman berkenaan.
Sebuah rekod alamat IP yang dihalakan oleh nama domain berkenaan akan diwujudkan pada Windows. Ianya bertujuan jika anda mengunjungi lagi laman web terbabit di masa akan datang, maklumat berkaitan dengannya dapat dicapai dengan lebih cepat. Rekod-rekod yang diwujudkan ini menghasilkan Cache DNS Resolver.
Kenapa ‘flushing’ Cache DNS Resolver dapat menyelesaikan masalah?
Kadangkala sesebuah IP ke laman web mungkin sudah berubah. Jika Cache DNS Resolver menyimpan rekod alamat IP lama, ianya mungkin boleh menyebabkan komputer anda tidak boleh membuka laman web tersebut.
Selain itu, data cache juga boleh menjadi korup. Oleh itu, membersihkannya juga boleh membantu anda menyelesaikan masalah berkaitan dengannya.
Bolehkah kita melihat data di dalam Cache DNS Resolver?
Boleh. Dari Command Prompt, anda boleh memasukkan baris perintah “ipconfig /displaydns
”. Atau anda juga boleh menaipkan “Get>-DnsClientCache
” melalui PowerShell.