Utama Komputer 5 Sistem Penyejukan Komputer dan Router Paling Ekstrim

5 Sistem Penyejukan Komputer dan Router Paling Ekstrim

1276
0

Komputer dan perkakasan yang berprestasi tinggi masih lagi memerlukan sistem penyejukan walaupun teknologi perkomputer hari ini sudah berkembang pesat. Unit pemprosesan pusat dan kad grafik berkuasa besar mampu menghasilkan terlalu banyak haba akibat cara pengoperasiannya yang terlalu pantas.

Oleh itu, sistem penyejukan yang bagus mampu mengawal suhu komputer atau perkakasan berkenaan supaya ianya berada pada paras optimum untuk beroperasi. Sungguh pun sistem yang sedia ada dijual di pasaran sudah memadai, terdapat juga sesetengah pihak yang mengubahsuai sistem hingga ke tahap ekstrim seperti;

Router dengan heatsink

Router Linksys dengan Heatsink
Imej diperoleh dari Forum Linksys

Jika kena dengan gayanya, anda boleh melakukan pengubahsuaian pada router anda supaya ianya kekal sejuk. Namun, bagi pemilik router ini beliau telah memasang heatsink pada router Linksys miliknya. Selain dari penggunaan heatsink, terdapat juga pengubahsuaian sistem penyejukan yang menggunakan kipas seperti yang dibincangkan di dalam forum ini.

Router dengan Sistem Penyejukan Air

Imej diperoleh dari Westeev
Imej diperoleh dari Westeev

Heatsink kira masih tak cukup sejuk lagi buat anda? Cuba pula dengan sistem penyejukan air. Pengguna ini melakukan pengubahsuaian pada router miliknya dengan menambah yang lengkap dengan salur paip. Sebenarnya, router sejuk atau panas ni tak berikan apa-apa kesan pun pada penghantaran signalnya. Kalau betul-betul nak tingkatkan isyarat wirelessnya, anda boleh cuba menggunakan firmware DD-WRT dan overclock pemprosesnya.

Modem dengan Sistem Penyejukan Air

Imej diperoleh dari McBeen
Imej diperoleh dari McBeen

Selain dari dipasang pada router, terdapat juga pengguna yang melakukan pengubahsuaian sistem penyejukan air pada modem. Melalui modifikasi ini, tentu sahaja insiden modem ‘hang’ akibat terlalu panas seperti yang sering berlaku pada modem-modem TM dapat dikurangkan.

Komputer Desktop dengan kerangka Akuarium

Imej diperoleh dari Puget Systems
Imej diperoleh dari Puget Systems

Terdapat juga sistem penyejukan komputer yang dilakukan dengan merendamnya ke dalam kerangka seperti akuarium. Walaupun nampak seperti direndam, ianya masih lagi disertakan bersama kerangka yang kalis air supaya ia tidak merosakkan komponen-komponen dalaman perkakasan komputer berkenaan. Kit sistem ini dijual oleh Puget Systems dan pengguna perlu memasang sendiri kit tersebut.

Kerangka Komputer Dekstop dari Radiator

Imej diperoleh dari Indestructibles
Imej diperoleh dari Indestructibles

Modifikasi ini dilakukan sendiri oleh pengguna yang menamakan dirinya sebagai ghmk. Kerangka aluminium dicantumkan bersama 4 radiator kereta dengan setiap satunya dilengkapi dengan lapan bilah kipas yang amat senyap. Pereka sistem ini turut melakukan sendiri sistem perpaipan yang menggunakan kuprum untuk mendapatkan pelesapan haba yang lebih optimum. Sistem penyejukan ini memerlukan 14 liter air untuk beroperasi.

Bonus: Laptop dengan Sistem Penyejukan Kipas Meja

Imej diperoleh dari Imgur
Imej diperoleh dari Imgur

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.