Huawei P10 dan P10 Lite telah diumumkan akan mula dijual di Malaysia bermula 31 Mac 2017 ini dengan harga masing-masing, RM2,499 dan RM1,299. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya melalui pakej telco, Digi, U Mobile dan Celcom telah dibuka untuk pra-tempahan. Celcom menawarkan peranti berkenaan di premis-premis Blue Cube terpilih dan pengguna perlu mengunjungi ke premis tersebut untuk membuat pra-tempahan.
Untuk Digi dan U Mobile, kedua-dua telco ini telah pun mendedahkan harga bagi pakej-pakej Huawei P10 dan P10 Lite sebagaimana yang dipaparkan berikut;
Pra-tempahan Pakej Digi Huawei P10 dan P10 Lite | Digi Postpaid 78 | Digi Postpaid 108 | Digi Postpaid 138 |
Komitmen Bulanan | RM78 | RM108 | RM138 |
Data (Sepanjang Hari + Hujung Minggu) | 6GB + 6GB | 9GB + 9GB | 12GB + 12GB |
Panggilan Percuma | Tanpa Had | Tanpa Had | Tanpa Had |
SMS Percuma | 200 | 400 | Tanpa Had |
Huawei P10 | RM1,729 | RM1,209 | RM799 |
Huawei P10 Lite | RM619 | RM0 | RM0 |
Boleh didapati dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan emas untuk Huawei P10 dan biru emas untuk Huawei P10 Lite, kedua-dua peranti yang ditawarkan melalui pakej Digi ini boleh dibuat pra-tempahan mulai sekarang hingga 30 Mac 2017. Penghantaran akan bermula 1 April 2017. Pakej ini turut didatangkan bersama fon telinga Zipper dan pelapik Smart View percuma selagi stok masih ada.
Untuk pakej melalui U Mobile pula, Huawei P10 dan Huawei P10 Lite boleh diperolehi menerusi pelan Ultimate Device atau pelan UPackage Instalment.
Pelan UPackage Instalment U Mobile Huawei P10 dan P10 Lite | P70 | P98 |
Komitmen Bulanan | RM70 | RM98 |
Data Percuma | 15GB | 30GB |
Panggilan Percuma | Tanpa Had | Tanpa Had |
SMS Percuma | – | – |
Lain-lain | 7GB Video-Onz, Music-Onz Tanpa Had, App-Onz Tanpa Had | Video-Onz Tanpa Had, Music-Onz Tanpa Had, App-Onz Tanpa Had |
Huawei P10 | Dari RM93/bulan | |
Huawei P10 Lite | Dari RM48/bulan |
Manakala untuk pelan U Mobile Ultimate Device pula;
Pelan Ultimate Device U Mobile Huawei P10 dan P10 Lite | Ultimate Device 60 | Ultimate Device 90 | Ultimate Device 130 |
Komitmen Bulanan | RM60 | RM90 | RM130 |
Data Percuma | 5GB | 7GB | 10GB |
Panggilan Percuma | 60 minit | Tanpa Had | Tanpa Had |
SMS Percuma | – | – | 65SMS |
Lain-lain | 3GB Video-Onz, Music-Onz Tanpa Had, App-Onz Tanpa Had | 5GB Video-Onz, Music-Onz Tanpa Had, App-Onz Tanpa Had | Video-Onz Tanpa Had, Music-Onz Tanpa Had, App-Onz Tanpa Had |
Huawei P10 | RM1,699 | RM1,459 | RM1,099 |
Huawei P10 Lite | RM699 | RM459 | RM99 |
Samartphone jenama Huawei ni nampaknya makin popular dikalangan masyarakat Malaysia..
Mungkin sebab harganya murah dan kualitinya setaraf dengan jenama2 lain yang lebih lama dalam bidang ni.. Patut pun digi dan umobile bagi pakej yang menarik ni..
pakej yang menarik….
Mcm mna nk bli..
Menarik.