Utama Komputer Epic Games Store tawarkan permainan World War Z secara percuma; Tawaran tamat...

Epic Games Store tawarkan permainan World War Z secara percuma; Tawaran tamat 2 April ini

752
0

Permainan third-person shooter bertemakan zombi, World War Z kini ditawarkan secara percuma bermula dari hari ini sehingga 2 April 2020 di gedung Epic Games.

Diinspirasikan dari filem lakonan Brad Pitt dan novel yang menggunakan tajuk sama, World War Z boleh dimainkan secara kerjasama (co-op) sehingga empat orang. Permainan berkualiti ini pastinya menarik untuk dicuba memandangkan ianya kini sedang ditawarkan secara percuma.

Selain dari World War Z, Epic Games Store turut menawarkan dua lagi judul permainan yang boleh diperoleh secara percuma sehingga 2 April ini. Dua judul berkenaan adalah Figment dan Tormentor x Punisher.

Untuk permainan Figment, pemainan ini bergenre kembara-aksi yang membawa para pemain menerokai dunia surreal unik yang dipenuhi dengan muzik, jenaka dan naratif berbilang lapisan.

Permianan Tormentor X Punisher pula agak aneh kepermainannya kerana apa sahaja boleh terhapus dengan sekali serangan, termasuk bos-bos watak antagonis dan juga watak utama yang dimainkan. Watak antagonis pula mampu menyesuaikan taktik dan teknik berdasarkan gaya yang dimainkan oleh pemain sendiri dan kemudian, menggunakannya untuk menghukum pemain.

Kunjungi gedung Epic Games untuk mendapatkan ketiga-tiga permainan ini secara percuma sehingga 2 April nanti.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.