Utama Android Oppo OPPO Reno8 5G dilaporkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

OPPO Reno8 5G dilaporkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

385
0
OPPO Reno8 5G

OPPO Reno8 5G dijangka akan dilancarkan ke pasaran Malaysia tidak berapa lama lagi. Telefon pintar ini mengetengahkan pemprosesan pengimejan NPU MariSilicon X yang dibangunkan oleh OPPO.

Selain dari kelebihan pemprosesan imejnya, OPPO turut menawarkan paparan AMOLED pada telefon pintar ini. Tidak ketinggalan, ciri pengecasan pantasn SUPERVOOC 80W yang diperkenalkan pada Find X5 Pro turut disertakan bersama-samam OPPO Reno8 5G.

Menurut OPPO, ciri pengecasan ini mampu mengecas telefon pintar sehingga penuh dalam tempoh 28 minit sahaja. Malah, ia juga menerusi persijilan dari TÜV Rheinland Safe Fast-Charge System bagi memastikan keselamatan penggunaannya.

Paparan AMOLED pada Reno8 5G hadir pada saiz 6.7-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 360Hz. Ia juga dikatakan mampu mencapai sehinga 1000Hz pada permainan-permainan mudah alih tertentu.

Maklumat lanjut untuk pra-tempahan OPPO Reno8 5G yang menawarkan cenderahati percuma bernilai RM1,755 boleh didapati menerusi pautan berikut: https://www.oppo.com/my/events/reno8-pro-5g-launch/

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.