Utama Mobile Aplikasi Pelan Netflix dengan Sokongan Iklan mungkin tidak menawarkan semua Filem atau Kandungan...

Pelan Netflix dengan Sokongan Iklan mungkin tidak menawarkan semua Filem atau Kandungan seperti di dalam Pelan Berbayar Penuh

496
0
Netflix Ads Subscription Plan

Netflix baru-baru telah mengumumkan perkembangan usaha memperkenalkan pelan langganan dengan iklan baharunya menerusi pengumuman pendapatan sukuan kedua baru-baru ini.

Menurut laporan The Verge, Ketua Pegawai Eksekutif Bersamanya Ted Sarandos menyatakan sebahagian kandungan yang ditawarkannya tidak disediakan bagi pelanggan pelan dengan sokongan iklan tersebut.

Ted Sarandos menjelaskan pihaknya perlu membincangkan perkara tersebut dengan studio penyedia kandungan untuk mendapatkan kebenaran memasukkan iklan ke dalam rancangan atau filem mereka di dalam Netflix.

Laporan dari Wall Street Journal juga menyebut Netflix sedang berbincang dengan pihak studio-studio untuk membenarkan iklan dimasukkan ke dalam kandungan masing-masing di Netflix.

Senada dengan CEOnya, CFO Netflix Spencer Neuman turut menyatakan pelan dengan iklan berkenaan mungkin akan dilancarkan sebelum perbincangan dengan studio dibuat. Setakat ini tidak diketahui rancangan atau filem mana yang akan dikecualikan dari pelan langganan dengan sokongan iklan tersebut. Pun begitu, ketiadaan kandungan-kandungan unik yang dikhaskan untuk Netflix akan memberi kesan terhadap bilangan pengguna yang akan melanggannya.

Sebelum ini Netflix dilaporkan akan memperkenalkan pelan langganan tersebut pada tahun ini, namun dianjakkan ke awal 2023. Selain itu, kerjasama dengan Microsoft juga secara rasminya telah diumumkan sebagai rakan perkongsian teknologi pengiklanan dan jualan global.

Keputusan memperkenalkan pelan langganan baharu yang lebih murah ini merupakan salah satu usaha Netflix mengekang aktiviti perkongsian kata laluan akaun selain turut berperanan untuk mendepani saingan sengit dari platform penstriman lain seperti Disney+ dan HBO Max. Netflix juga mengalami kehilangan sejumlah 970,000 pelanggan berdasarkan laporan pendapatan sukuan keduanya tahun ini.

Baru-baru Netflix dilaporkan sedang menguji ciri “add a home” di beberapa buah negara yang akan mengenakan kadar bayaran tambahan sebanyak US$3 (~RM13) untuk berkongsi dengan isi rumah yang lain.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.