Hujung bulan lalu, Oppo Reno5 Pro 5G telah diketemukan di dalam senarai persijilan TENAA. Kini, Oppo telah secara rasminya mengumumkan siri telefon pintar terbarunya, Oppo Reno5 5G.

OPPO Reno5 Pro 5G hadir dengan paparan Full HD+ OLED 6.55-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan 180Hz. Ianya juga dilengkapkan dengan pengimbas cap jari terbina dalam.

Dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 1000 Plus, telefon pintar ini mempunyai bateri berkapasiti 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0. Selain itu, ianya juga menyokong sambungan NFC.

Untuk kamera utamanya pula, Oppo Reno5 Pro 5G menawarkan sebuah lensa utama 64MP, lensa bersudut luas 8MP, dan dua modul lensa 2MP. Pada sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 32MP.

Bagi model Oppo Reno5 5G pula, spesifikasinya lebih kurang hampir sama dengan versi Pro dengan beberapa perbezaan. Antaranya adalah saiz paparannya iaitu 6.43-inci dan penggunaan cipset Qualcomm Snapdragon 765G. Selain itu, model ini sahaja yang menyediakan bicu audio 3.5mm. Namun, tidak menyediakan sambungan NFC.

OPPO Reno5 5G dan Reno5 Pro 5G hadir dengan dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 8GB + 128GB dan 12GB + 256GB. Bagi Oppo Reno5 5G, harga yang ditawarkan adalah masing-masing CNY2700 (~RM1675) dan CNY3000 (~RM1861). Manakala bagi model Pro, harganya masing-masing adalah CNY3400 (~RM2109) dan CNY3800 (~RM2357).

Setakat ini masih belum diketahui harga dan tarikh kemasukannya di pasaran tempatan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.