Utama Mobile Android OPPO sediakan Android 13 melalui Kemaskini ColorOS 13 untuk Reno8, K10 5G,...

OPPO sediakan Android 13 melalui Kemaskini ColorOS 13 untuk Reno8, K10 5G, dan A77 5G

219
0
OPPO COlor OS 13

Rentetan kejayaan program beta ColorOS 13, OPPO telah menerbitkan versi stabil sistem operasi Android 13 untuk sebilangan telefon pintar keluarannya. Antara yang menerima kemaskini tersebut – OPPO Reno8, OPPO K10 5G dan OPPO A77 5G.

Versi ColorOS 13 stabil ini diterbitkan untuk peranti-peranti berkenaan bermula sejak 18 November 2022 mengikut lokasi pasaran masing-masing. Kemaskini Reno8 5G dan K10 5G buat masa ini hanya terhad untuk pengguna-pengguna di India sahaja.

Manakala kemaskini ColorOS 13 untuk A77 5G pula hanya disediakan untuk pengguna di Emiriah Arab Bersatu, UAE buat masa ini.OPPO ColorOS 13 Release

Pelaksanaan penawaran kemaskini ini berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh OPPO pada bulan lepas. Buat masa ini, versi stabil ColorOS 13 di Malaysia hanya disediakan oleh Find X5, Find X5 Pro dan Find X3 Pro. Dijangkakan, OPPO akan menawarkan kemaskini tersebut ke lebih banyak peranti menjelang akhir tahun ini.

Artikel sebelum iniSamsung janji sediakan Kemaskini Perisian Android untuk Peranti yang lebih pantas tahun hadapan
Artikel seterusnyaSUV Hibrid WEY Coffee 01 GWM Mendapat Pujian
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.