Utama Mobile Telco Operator Telekomunikasi sokong usaha kerajaan melalui penyediaan akses internet dan peranti bagi...

Operator Telekomunikasi sokong usaha kerajaan melalui penyediaan akses internet dan peranti bagi pendidikan belia

100
0

Berikutan pengumuman kerajaan berkenaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia, Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES) akan menyediakan tablet kepada belia B40 Malaysia yang layak dan sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi.

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif kerajaan melalui usahasama dengan penyedia telekomunikasi di Malaysia, bertujuan untuk membolehkan kira-kira 600,000 belia di seluruh negara memiliki akses kepada peranti digital dan kesalinghubungan bagi pendidikan dan peningkatan kemahiran. Inisiatif ini dijangka akan bermula pada suku kedua (Q2) 2022. 

Inisiatif terkini ini memperkukuh komitmen operator telekomunikasi untuk menyokong keperluan kesalinghubungan rakyat. Selain itu, industri bekerjasama dalam inisiatif lain seperti penyediaan internet produktiviti percuma 30GB sebulan (percuma 1GB setiap hari), dan WiFi percuma di 130 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebagai tambahan, operator telekomunikasi turut memperkenalkan pelan data mampu milik melalui Pakej Data Khas Pelajar/Belajar Dari Rumah untuk membantu pelajar daripada keluarga B40 membuat persediaan untuk peperiksaan. Telefon pintar dan pelan internet mampu milik juga ditawarkan melalui beberapa program khas seperti Program Jaringan PRIHATIN, Pakej Peranti RM1 Prihatin Malaysia, Pakej Peranti Keluarga Malaysia, dan Pakej Remaja Keluarga Malaysia.

Operator telekomunikasi akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan untuk menyokong keperluan kesalinghubungan dan digital rakyat.  

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.