Utama Android Samsung Samsung Sambut Kehadiran Siri Galaxy S25!

Samsung Sambut Kehadiran Siri Galaxy S25!

46
0
Samsung Sambut Kehadiran Siri Galaxy S25!

Samsung Malaysia Electronics menyambut kehadiran siri Galaxy S25 dengan menceriakan langit malam Kuala Lumpur melalui pertunjukan bunga api yang menakjubkan dan persembahan laser yang memukau. Acara ini menandakan permulaan tempahan awal untuk siri Galaxy S25. Untuk satu malam, Samsung menjadikan Menara Merdeka 118 sebagai pentas utama, meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua yang hadir dan mengumumkan bahawa siri Galaxy S25 kini boleh ditempah awal di Malaysia.

Peraduan Edit & Menang

Hingga 28 Januari 2025, Samsung menjalankan peraduan Edit & Menang, di mana peserta dapat mempamerkan kemahiran suntingan kreatif mereka menggunakan ciri Photo Assist dan Composer pada Galaxy AI.

Peserta boleh mendapatkan gambar bunga api Merdeka 118 dari akaun rasmi Samsung Malaysia. Mereka perlu memuat naik dan berkongsi gambar tersebut dengan suntingan kreatif di media sosial sambil menanda akaun @SamsungMalaysia serta menggunakan tanda pagar #GalaxyUnpacked, #GalaxyS25, #GalaxyAI, dan #AItotheSky. Jangan lupa untuk mengikuti akaun @SamsungMalaysia dan pastikan akaun media sosial anda dalam tetapan umum.

Dua pemenang bertuah akan membawa pulang Samsung Galaxy S25 Ultra yang baharu! Jangan lepaskan peluang ini — tunjukkan kreativiti anda sekarang!

Tempah Siri Samsung Galaxy S25 Anda Hari Ini!

Dari 23 Januari hingga 13 Februari 2025, pelanggan boleh menikmati tawaran bernilai sehingga RM1,600 apabila membuat tempahan awal siri Galaxy S25. Nikmati peningkatan storan berganda bernilai sehingga RM600 untuk model tertentu dan potongan hingga RM400 apabila membayar menggunakan kad CIMB. Jangan lupa tebus e-baucar pra-pendaftaran bernilai sehingga RM600 semasa daftar keluar.


Model & Harga yang Tersedia

ModelStoranHarga jualan (RM)Ketersediaan warna
Galaxy S25 Ultra1TBRM7,799
  • Titanium Silverblue
  • Titanium Gray
  • Titanium Whitesilver
  • Titanium Black

Eksklusif dalam talian:

  • Titanium Jadegreen
  • Titanium Pinkgold
  • Titanium Jetblack
Galaxy S25 Ultra512GBRM6,599
Galaxy S25 Ultra256GBRM5,999
Galaxy S25+512GBRM5,599
  • Navy
  • Icyblue
  • Mint
  • Silver Shadow

Eksklusif dalam talian:

  • Blueblack
  • Coralred
  • Pinkgold
Galaxy S25+256GBRM4,999
Galaxy S25512GBRM4,599
Galaxy S25256GBRM3,999

Untuk pembelian siri Galaxy S25, layari http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s25-ultra/buy/

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.