Kuala Lumpur, 14 Mac 2025 – AEON Bank (M) Berhad (“AEON Bank”) baru-baru ini mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i atau Personal Financing-i (PF-i), satu fasiliti pembiayaan patuh Syariah, tanpa cagaran dan 100% digital.
PF-i terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 hingga 55 tahun dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke atas, termasuk pekerja ekonomi gig, keluarga pelbagai generasi yang memikul banyak komitmen kewangan, serta pekerja berasaskan komisen, serta rakyat Malaysia yang memerlukan penyelesaian kewangan yang fleksibel.
Pemohon yang layak boleh memperoleh Pembiayaan Peribadi-i antara RM1,000 hingga RM10,000 dengan tempoh pembayaran balik yang fleksibel antara 3, 6, 9, 12, 18 atau 24 bulan. Pembiayaan patuh Syariah tanpa cagaran tersebut menawarkan Kadar Keuntungan Rata sebanyak 6.88% setahun, dengan Kadar Keuntungan Efektif antara 10.29% hingga 12.70% setahun. Dengan struktur pembiayaan sedemikian serta bayaran Wakalah serendah RM1.00 yang dikenakan setelah pembiayaan diterima, ia merupakan pilihan pembiayaan peribadi yang menjimat kos dan mudah diakses.
“Sejak pelancaran AEON Bank pada Mei 2024, visi kami jelas – untuk memupuk keterangkuman kewangan dan menawarkan perkhidmatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia menerusi perbankan digital yang mudah diakses, serta penyelesaian berasaskan teknologi menerusi aplikasi mudah alih kami. Kini, pelancaran Pembiayaan Peribadi-i melambangkan satu lagi pencapaian dalam perjalanan kami. Kami bukan sekadar memperkenalkan suatu produk, tetapi berhasrat untuk membangunkan ekosistem kewangan inklusif yang mengutamakan perbankan digital patuh Syariah yang mampan serta pemerkasaan kewangan jangka panjang. Dengan pelancaran PF-i, kami ingin membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mencapai misi kesejahteraan kewangan – sama ada dalam menguruskan keperluan kewangan untuk keluarga atau individu, merebut peluang baharu, mahupun demi merancang masa depan yang lebih kukuh dalam lanskap ekonomi digital yang semakin dinamik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank (M) Berhad, YM Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz.
Proses Permohonan Berasaskan Aplikasi yang Mudah dan Lancar
Permohonan untuk Pembiayaan Peribadi-i adalah 100% dalam talian, lantas memudahkan para pemohon melakukannya menerusi aplikasi mudah alih AEON Bank, tanpa perlu menyerahkan dokumen fizikal atau mengunjungi cawangan bank.
Proses permohonan untuk PF-i adalah seperti berikut:
- Wajib mempunyai Akaun Simpanan-i yang aktif: Pemohon mesti mempunyai Akaun Simpanan-i AEON Bank yang sah dan aktif sebelum memulakan permohonan PF-i.
- Pengesahan Kelayakan dan Maklumat Pekerjaan: Pemohon mesti merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kasar bulanan sekurang-kurangnya RM3,000, sama ada sebagai pekerja bergaji atau bekerja sendiri.
- Pemilihan Pembiayaan: Pemohon boleh memilih jumlah pembiayaan dan tempoh pembayaran balik yang diperlukan, dengan pilihan fleksibel iaitu 3, 6, 9, 12, 18 atau 24 bulan.
- Penyerahan Dokumen: Pemohon perlu memuat naik penyata KWSP terkini yang menunjukkan sumbangan 6 bulan terakhir (bagi pekerja bergaji) atau penyata bank 6 bulan terakhir (bagi yang bekerja sendiri).
- Kelulusan dan Penyaluran Dana: Permohonan akan diproses serta-merta dan setelah diluluskan, dana akan dikreditkan terus ke Akaun Simpanan-i AEON Bank pemohon. Bayaran balik akan dipotong secara automatik melalui auto-debit bulanan, dengan pilihan pembayaran manual sekiranya auto-debit gagal.
Di samping itu, selepas permohonan berjaya, pelanggan boleh memantau dan mengurus pembiayaan mereka dengan mudah pada bila-bila masa, di mana sahaja menerusi aplikasi perbankan digital AEON Bank yang selamat.
Pendekatan berasaskan digital ini memastikan pengalaman yang pantas, selamat, dan mesra pengguna, tanpa kerumitan permohonan pembiayaan tradisional.
Mata Ganjaran AEON Eksklusif untuk Pemohon Terawal
Bersempena pelancaran Pembiayaan Peribadi-i, bermula 5 hingga 31 Mac 2025, 500 pelanggan pertama yang layak akan menerima Mata Ganjaran AEON berdasarkan jumlah pembiayaan yang diluluskan, selepas dana PF-i berjaya dikreditkan:
- RM1,001 – RM3,000 : Terima Mata Ganjaran AEON bernilai RM10
- RM3,001 – RM5,000 : Terima Mata Ganjaran AEON bernilai RM15
- RM5,001 – RM7,000 : Terima Mata Ganjaran AEON bernilai RM30
- RM7,001 – RM10,000 : Terima Mata Ganjaran AEON bernilai RM50
Sebagai sebahagian daripada Kumpulan AEON yang telah berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama lebih 40 tahun, AEON Bank terus komited dalam menyediakan penyelesaian kewangan yang mudah diakses kepada semua rakyat Malaysia, sambil memperkasakan komuniti untuk mencapai aspirasi kewangan dan kebebasan ekonomi. Ia akan terus memacu masa depan kewangan yang lebih inklusif untuk semua, sambil menyumbang ke arah perkembangan industri perbankan Islam di rantau ini, serta memacu kemajuan ekonomi digital dan teknologi kewangan di Malaysia yang semakin berkembang pesat.
Klik pautan ini untuk menonton video tentang Pembiayaan Peribadi-i (PF-i) atau layari laman web rasmi AEON Bank dan klik pada tab ‘Peribadi’ dan kemudian ‘Pembiayaan’. Manakala di aplikasi AEON Bank, klik pada tab ‘Pembiayaan’ di bahagian bawah aplikasi tersebut. Anda juga boleh mengimbas kod QR berikut untuk memuat turun aplikasi AEON Bank dan mohon PF-i hari ini.