Utama Mobile Aplikasi Netflix akan mula membanteras kegiatan perkongsian kata laluan pada tahun 2023

Netflix akan mula membanteras kegiatan perkongsian kata laluan pada tahun 2023

686
0
Netflix-Sharing-Account

Rentetan dari kejayaan program rintis membanteras kegiatan perkongsian kata laluan di beberapa negara Amerika Latin awal tahun ini, Netflix telah memutuskan untuk memperluaskannya ke seluruh dunia.

Perubahan baharu ini akan mengenakan bayaran tambahan untuk pemegang akaun utama bagi setiap pengguna yang mengakses ke akaun berkenaan, tetapi menetap di kediaman yang lain.

Bayaran tambahan ini masih lagi belum diumumkan setakat ini. Namun berdasarkan program rintis yang telah dijalankan, setiap pemegang akaun utama dijangka perlu menambah bayaran sekitar $3 setiap bulan untuk menambah pengguna lain yang bukan duduk di dalam isi rumah yang sama.

Netflix mengumumkan rancangan pelaksanaan tersebut ketika pengumuman pendapatan sukuannya semalam, 18 Oktober dan akan berkuatkuasa pada awal 2023.

Jika seseorang pemegang akaun berhasrat meminta ‘penumpang’ akaun Netflixnya untuk berhenti menggunakan kata laluan dengan cara baik, mereka kini boleh memigrasi profail dan seluruh tetapannya ke akaun baharu menggunakan alatan khas yang diperkenalkan oleh Netflix.

Julai lalu, Pengarah Inovasi Produk Netflix Chengyi Long mengetengahkan isu perkongsian akaun di kalangan pengguna yang dikatakan menjejaskan keupayaan Netflix untuk melabur dan menambahbaik perkhidmatannya.

Netflix mendedahkan pihaknya kini mempunyai seramai 223 juta pelanggan di seluruh dunia, menunjukkan pertambahan bilangan pengguna sebanyak 2.4 juta dalam tempoh sepanjang Julai sehingga September.

Selepas kehilangan sejumlah 200,000 pelanggan dalam tempoh suku tahun pertama 2022 dan hampir setengah juga pada suku tahun kedua 2022, pertambahan bilangan pelanggan ini merupakan antara perkembangan yang positif pada Netflix sepanjang tahun ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.