Origin kini menawarkan Need For Speed: Most Wanted (2012) secara percuma melalui program yang dinamakan sebagai “On The House”. Permainan ini boleh dimuat turun sepenuhnya dengan percuma dan boleh disimpan sampai bila-bila.
Bagaimanapun, Origin tidak menyatakan sampai bila tawaran muat turun secara percuma ini akan tamat dan sebaiknya pengguna yang berminat perlu mendapatkan perisian Origin secepat mungkin.
Electronic Arts (EA) mula memperkenalkan program “On The House” bermula 2014 dengan menawarkan pengguna Origin pilihan permainan-permainan yang boleh dimuat turun secara percuma dalam tempoh masa yang terhad.
Sebelum Need For Speed: Most Wanted (2012), EA pernah menawarkan muat turun secara percuma bagi judul permainan-permainan seperti Dead Space, Dragon Age: Origins, Syndicate dan SimCity 2000. Selain dari muat turun kandungan permainan tersebut secara percuma, para pengguna Origin juga berpeluang untuk mendapatkan pek pengembangan (expansion packs) dan DLC, bergantung dengan judul-judul yang ditawarkan.
Need For Speed: Most Wanted (2012) merupakan judul permainan tahun 2005 yang telah di’reboot’. Permainan ini menerima maklum balas positif dari peminat dan juga pengkritik kerana telah berjaya melakukan penambahbaikan dari segi grafik bagi judul Need For Speed: Most Wanted ini. Ia juga merupakan permainan terakhir yang dibangunkan oleh Criterion Games. Bagi pengguna yang ingin mendapat maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi Origin di sini.
-Sumber berita diperoleh dari PC Gamer