Utama Mobile Aplikasi MySejahtera kini wajib digunakan untuk memasuki premis; Tidak perlu lagi catat Buku

MySejahtera kini wajib digunakan untuk memasuki premis; Tidak perlu lagi catat Buku

179
0

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera bagi seluruh premis-presmis yang mempunyai akses internet yang meluas.

Pengumuman tersebut turut menyatakan penggunaan buku catatan bagi mengisi maklumat pengguna di premis perlu dihentikan.

Ini kerana terdapat sesetengah pengguna yang memberikan maklumat yang tidak tepat ketika memasuki premis melalui buku catatan tersebut.

Penggunaan aplikasi MySejahtera mampu memudahkan pengguna dapat dihubungi dengan pantas bagi tujuan proses pengesanan kontak rapat.

Bagaimanapun, terdapat pengecualian bagi premis-premis di kawasan pedalaman yang mempunyai masalah capaian internet. Premis di kawasan berkenaan masih lagi dibenarkan menggunakan buku catatan untuk merekod maklumat secara manual.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.