Utama Teknologi GovTech MyDigital ID perlu diperbaharui pada setiap tahun

MyDigital ID perlu diperbaharui pada setiap tahun

184
0

MyDigital ID merupakan sistem pengenalan diri yang sah dan selamat untuk kegunaan dalam talian. Ia tidak menggantikan MyKad atau mana-mana dokumen pengenalan diri, namun ia digunakan bagi tujuan pengenalan diri bagi transaksi dalam talian.

Di dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan MyDigital ID akan menjadi aplikasi tunggal kerajaan yang memusatkan semua agensi.

Bagaimanapun, masih terdapat sesetengah pengguna yang tidak mengetahui sijil digital ini mempunyai tarikh luput dan perlu diperbaharui setiap tahun. Sijil Digital MyDigital ID sah digunakan untuk tempoh selama setahun dari tarikh pendaftarannya.

Selepas tamat tempoh, pengguna perlu memperbaharui ID digital berkenaan dalam tempoh 90 hari. Pendaftaran semula MyDigital ID boleh dilakukan secara dalam talian atau di kiosk-kiosk berhampiran jika pembaharuan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut.

Tindakan yang sama juga perlu dilakukan jika aplikasi MyDigital ID dinyahpasang atau dipadamkan dari telefon pintar pengguna. Sijil digital akan menjadi tidak sah dan pengguna perlu membatalkan di kiosk MyDigital ID dan membuat pendaftaran semula.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.