Utama Mobile Aplikasi Suruhanjaya Persaingan Malaysia usulkan saman RM86.77 juta terhadap Grab

Suruhanjaya Persaingan Malaysia usulkan saman RM86.77 juta terhadap Grab

686
0

Suruhanjaya Persaingan Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan usul untuk menyaman Grab sebanyak RM86.77 juta. Usul ini dibuat berikutan klausa pengiklanan Grab kepada pemandu-pemandunya.

Klausa ini melarang pemandu-pemandu Grab dari mempromosi dan mengiklankan perkhidmatan seru-pandu lain. Tindakan ini dilihat seolah-olah cubaan mengukuhkan dominasi Grab di dalam pasaran perkhidmatan seru-pandu.

Menurut laporan dari The Edge, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia, Encik Iskandar Ismail menyatakan pemandu-pemandu Grab bebas untuk melakukan apa sahaja pada kenderaan mereka kerana Grab tidak memiliki mereka dan kenderaan mereka.

Suruhanjaya Persaingan Malaysia turut mengumumkan tindakan saman harian sebanyak RM15,000 akan dikenakan bermula dari Khamis (semalam) sehingga tindakan susulan telah diambil oleh pihak Grab.

Bagaimanapun, pihak Grab diberikan masa sehingga 30 hari bekerja untuk memberikan maklum balas berkenaan isu ini sebelum pihak suruhanjaya memutuskan tindakan lanjut.

Lanjutan dari kenyataan dari suruhanjaya ini, Grab telah mengeluarkan kenyataan maklumbalasnya dan mendakwa pihaknya tidak melanggar Akta Persaingan 2010. Grab juga turut merancang untuk menghantar maklumbalas bertulis kepada pihak Suruhanjaya Persaingan Malaysia sekitar hujung November 2019.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Grab:

“We maintain our position that we have complied fully with the Competition Act 2010. We are surprised by the Proposed Decision that we received this morning.

Whilst our legal counsels are now studying the Proposed Decision, we believe that it is common practice for businesses to decide upon the availability and type of third-party advertising on their respective platforms, tailored according to consumers’ needs and feedback.

We will be submitting our written representations to MyCC by 27 November 2019.”

Sumber berita diperoleh dari The Edge

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.