MSI Malaysia pada hari ini telah mengumumkan laptop Perniagaan dan Produktiviti AI+ generasi berikutnya yang terkini menampilkan pemprosesan Intel Core Ultra (Series 2) baharu, merangkumi siri MSI Prestige dan siri MSI Summit.
Berbanding generasi sebelumnya, pemprosesan Intel Core Ultra (Series 2) baharu ini menawarkan TOPS tiga kali ganda, dengan GPU, CPU dan NPU berintegrasi. Ia mampu menawarkan sehingga 120 platform keseluruhan untuk prestasi AI, berkeupayaan memacu lebih banyak perisian atau perkhidmatan AI secara setempat.
Bergandingan dengan persian dan perkhidmatan komprehensif yang dioptimasikan untuk pemprosesan lebih dari 100 pembekal perisian bebas, ia menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih pantas dan selamat.
Selain itu, ia juga telah mengoptimasikan lebih dari 500 model AI, menjadikan ia platform ideal untuk membangunkan perkhidmatan berkaitan AI. Intel Core Ultra (Series 2) juga dikatakan mempunyai nisbah kecekapan tenaga cemerlang, menjadikan laptop siri Prestige dan Summit lebih ringan dan nipis dengan bateri yang lebih panjang.
Siri laptop Prestige didatangkan dengan tiga saiz iaitu 13, 14 dan 16 inci. Tambahan kepada penggunaan pemprosesan yang terkini, keseluruhan siri Prestige menampilkan badan yang ultra-ringan, serta bateri yang lebih besar dan panjang.
Berbanding dengan siri Prestige terdahulu, model baharu ini mampu digunakan bagi tujuan produktiviti sehingga 21 jam termasuk main semula video. Kamera webnya juga telah dinaik taraf kepada 5MP untuk memberikan penstriman langsung dan mesyuarat dalam talian yang lebih jelas.
Model laptop Prestige untuk 13-inci dan Prestige 13 AI+ Evo kini telah tersedia di pasaran tempatan. Manakala untuk 14-inci dan 16-inci pula pra-tempahannya mula dibuka bermula dari 1 Disember sehingga 15 Disember 2024. Pelanggan yang membuat pra-tempahan Prestige 14 AI+ Evo atau Prestige AI+ Evo dalam tempoh tersebut berpeluang untuk menerima kredit TNG eWallet RM100.

Seterusnya untuk laptop MSI Summit 13 AI+ Evo yang juga merupakan sebahagian daripada siri laptop Perniagaan dan Produktiviti MSI ini kini menampilkan pemprosesan Intel Core Ultra (Series 2) baharu. Ia juga mempunyai badan yang ringan, keselamatan yang komprehensif dan juga pena stylus MSI Pen 2 yang menyokong MPP 2.6, menjadikan ia laptop gaya flip 13-inci yang versatil.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi MSI Malaysia.