Utama Telco Maxis Maxis tambah sokongan eSIM untuk Pascabayar dan Prabayar Hotlink

Maxis tambah sokongan eSIM untuk Pascabayar dan Prabayar Hotlink

25
0

Maxis telah memperkenalkan pilihan untuk pelanggan pascabayar dan prabayar Hotlink mendaftar atau menukar ke eSIM. Ini membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan telekomunikasi selular seperti panggilan telefon, SMS dan data internet tanpa perlu mempunyai kad SIM fizikal.

Pelanggan prabayar boleh melakukan pertukaran dari kad SIM fizikal ke eSIM melalui aplikasi Hotlink. Process ini memerlukan anda pergi ke “eSIM Manager” di bawah bahagian “myHotlink”.

Seterusnya pengesahan identiti perlu dilakukan dengan mengimbas kad pengenalan atau passport dan melakukan pengecaman wajah sebelum eSIM boleh dimuat turun dan dipasangkan. Sebaik sahaja dipasangkan, perkhidmatan telekomunikasi pada peranti berkenaan boleh digunakan seperti biasa.

Untuk pelanggan prabayar pula bagaimanapun memerlukan proses yang berbeza. Pelanggan prabayar sedia ada perlu mengunjungi kedai Maxis yang berhampiran untuk menukarkan kad SIM fizikal kepada eSIM. Untuk pelanggan prabayar baharu pula, anda boleh terus mendaftar eSIM menerusi aplikasi dan mengikuti langkah-langkah yang diberikan.

Berdasarkan halaman soalan-soalan lazim, Maxis memberikan pengecualian bayaran untuk menukarkan kad SIM fizikal kepada eSIM untuk pelanggan-pelanggan prabayar dan pascabayar bersempena promosi waktu terhad.

Bagaimanapun, bayaran RM10 dikenakan untuk memindahkan eSIM Pascabayar Hotlink ke peranti baharu. Jika pelanggan ingin menukar semula kepada kad SIM fizikal disebabkan oleh peranti yang tidak bersesuaian, anda boleh melakukannya di kedai Maxis berhampiran dengan bayaran penggantian seperti biasa dikenakan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.