Utama Teknologi Angkasa MOSTI: Kerajaan sedia untuk bangunkan Tapak Pelancaran Kapal Angkasa di Malaysia

MOSTI: Kerajaan sedia untuk bangunkan Tapak Pelancaran Kapal Angkasa di Malaysia

221
0
Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Malaysia

PUTRAJAYA, 14 September 2023 – Malaysia dijangka bakal menjadi salah sebuah negara yang melancarkan kapal angkasa, menurut kenyataan oleh Menteri Sanins, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang. Katanya, MOSTI menerusi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sedang melihat kaedah kajian membangunkan garis panduan kebolehlaksanaan pembinaan tapak pelancaran kapal angkasa di Malaysia sebagai salah satu usaha ke arah meneroka peluang ekonomi baharu.

Menurut beliau lagi, kerajaan yakin Malaysia mempunyai potensi untuk terlibat di dalam pembanguna fasiliti pelancaran roket. Ia turut disumbangkan oleh faktor strategik Malaysia yang terletak di garisan Khatulistiwa dan seterusnya memberikan kelebihan mengurangkan kos operasi melancarkan roket ke angkasa lepas. Buat masa ini, MYSA akan melibatkan beberapa pihak termasuk di dalam industri yang berminat dalam membangunkan tapak pelancaran tersebut.

Jika rancangan tersebut berjaya dilaksanakan, Malaysia akan menjadi negara ke-16 di dunia yang memiliki fasiliti dan juga negara ke-9 yang mempunyai tapak pelancaran kapal angkasa, ujar Chang Lih Kang lagi. Terdapat lapan buah negara di dunia yang mempunyai tapak pelancaran kapal angkasa iaitu China, India, Israel, New Zealand, Russia, Perancis, Jepun dan Amerika Syarikat.

Chang Lih Kang
YB Chang Lih Kang -Gambar Fail

Tambah beliau lagi, pembangunan industri angkasa di Malaysia dijangka akan memberikan nilai sebanyak RM10 billion menjelang akhir dekad ini. Selain itu, industri berkenaan juga dijangka akan mewujudkan 500 syarikat pemula teknologi angkasa dan mewujudkan lebih 5,000 peluang pekerjaan.

Beliau turut memberitahu MOSTI akan merangka Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN) menerusi pelan perkongsian awam dan swasta yang dijangka akan dimulakan sekitar tahun 2026. Ia bertujuan untuk memastikan kesinambungan pemilikan data-data strategik negara yang mana ia turut menyokong keberkesanan operasi 50 buah pakej sistem aplikasi yang telah dibangunkan MYSA.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.