Isi Kandungan
Sejak komputer digunakan secara meluas dalam masyarakat, maklumat berkenaan cara penggunaan serta cara baik pulihnya semakin mudah diperoleh. Baik dari cerita mulut ke mulut oleh kenalan, mahupun dari media, maklumat berkaitan komputer tidak sukar untuk diketemukan.
Cuma, adakala maklumat tentangnya bercampur aduk dengan fakta sahih dengan ‘mitos’ yang banyaknya berdasarkan dari filem-filem seperti filem dari Hollywood misalnya. Kebanyakan ‘mitos-mitos’ ini muncul akibat salah faham yang berlaku dikalangan pengguna dan juga profesional IT.
Antara mitos yang popular adalah;
Penggodam akan cuba menggodam PC anda.
Memang benar, dunia siber sentiasa dipenuhi dengan pelbagai ancaman seperti malware dan virus. Namun, ia tidaklah seteruk yang digambarkan oleh Hollywood, di mana para penggodamnya sangat rajin menggodam mana-mana sistem komputer tanpa mengira siapa pun penggunanya.
Kebanyakan serangan dilakukan secara automatik dimana ia banyak dilakukan oleh bot-bot dan bukannya dilakukan secara hands-on oleh penggodam. Serangan-serangan seperti mencuri maklumat peribadi, menggunakan email palsu untuk phishing maklumat kad kredit dan lain-lain biasanya dilakukan adalah secara menyeluruh dan rawak.
Melainkan jika anda adalah sasaran yang bernilai seperti syarikat-syarikat besar atau agensi kerajaan, anda berisiko besar untuk menjadi sasaran penggodam.
Codec diperlukan untuk menonton Video Online
Suatu masa dulu, menonton video secara online memang memerlukan untuk kita memasang codec seperti RealPlayer, QuickTime, Windows Media Player, DivX, Java dan Microsoft Silverlight. Namun, untuk hari ini dengan hadirnya teknologi HTML5, selain video yang memerlukan pemalam Adobe Flash, kebanyakan video pada pelayar boleh dimainkan tanpa memerlukan sebarang codec. Hanya segelintir laman web yang masih lagi menggunakan Microsoft Silverlight untuk memainkan video.
Untuk itu, pengguna harus diingat supaya tidak memasang sebarang codec untuk menonton video secara online melalui pelayar. Ini kerana, kebanyakan notis yang menyeru pengguna untuk memasang codec-codec tertentu ketika menonton video online sebenarnya adalah palsu dan pengguna berisiko untuk dijangkiti kod-kod merbahaya seperti malware atau virus.
Jika anda ingin mengalami kesukaran untuk memainkan video-video yang telah dimuat turun dan merasakan perlu memasang codec, anda boleh mencuba VLC Player yang boleh dimuat turun dari laman web rasminya, videolan.org.
RealPlayer, legend tu… lama dah aku tak nampak codec tu. Dulu pernah la guna. Aku suka codec yg nama 321 apa benda ntah tu, banyak jenis video files boleh play ;3
really?yang codec tu memang hampir terpedaya..bab hacker tu probably sebab banyak sangat dengar cerita orang.kononnya kalau kita bukak link dalam certain email, semua maklumat dalam pc kena sedut..