Utama Internet 5 Cara Tingkatkan Kelajuan Router Rangkaian Wireless Anda

5 Cara Tingkatkan Kelajuan Router Rangkaian Wireless Anda

2407
6

Sambungan rangkaian secara wireless (tanpa wayar) melalui router adalah lebih mudah dan menjadi pilihan sesetengah pengguna walaupun pada hakikatnya sambungan jenis ini adalah tidak stabil dan tidak konsisten sepertimana sambungan rangkaian melalui kabel.

Oleh sebab itu, masalah yang dihadapi oleh sambungan wireless seperti kemerosotan isyarat, ketiadaan sambungan kerana termasuk ke kawasan terlindung dari isyarat (dead zone) dan masalah lain yang berkaitan adalah sesuatu yang hampir tidak dapat dielakkan.

Namun, ada beberapa langkah yang boleh kita praktikkan untuk meningkatkan keupayaan sambungan rangkaian wireless baik di rumah mahupun di pejabat anda dengan melakukan beberapa pengubahsuaian pada router, seperti;

Menjadualkan reboot automatik pada router

Ada kalanya, router yang kita gunakan akan mengalami masalah sambungan apabila secara tiba-tiba ia tidak boleh bersambung ke internet. Langkah yang biasa dilakukan adalah dengan reboot router berkenaan, terutamanya jika anda menggunakan router yang dibekalkan oleh pihak TM (Telekom Malaysia).

Lagipun, jika anda menelefon pihak ISP untuk mengadukan masalah sambungan internet, perkara pertama yang disuruh oleh operator adalah menyuruh anda mematikan dan menghidupkan semula (reboot) router.

Fungsi menjadualkan reboot automatik ini bergantung kepada jenis router apa yang digunakan. Misalnya, router yang dilengkapi dengan firmware seperti DD-WRT dan Tomato dilengkapi dengan pilihan reboot berjadual.

Menggunakan antena yang lebih bagus

Antena-antena yang dibekalkan bersama dengan router yang dibeli oleh pengguna pada kebiasaannya tidak begitu kuat isyaratnya. Ianya boleh ditukar dengan menggunakan antena jenis lain yang lebih kuat isyarat pemancarnya.

Antena-antena ini boleh diperoleh pada harga dalam lingkungan RM25-RM50, bergantung kepada jenis kekuatan isyaratnya dan juga jenama. Pada kebiasaannya, bagi anda yang tinggal di sekitar Lembah Klang, antena ini ada dijual di Plaza Low Yat. Atau bagi yang berminat memperolehnya secara atas talian, anda boleh ushar-ushar di Lelong.Wireless Antennae Lelong Malaysia

Mematikan protokol wireless jenis lama

Router baru yang menggunakan protokol 802.11ac menawarkan kepantasan yang jauh lebih baik berbanding protokol yang terdahulu. Walaupun begitu, kebanyakan peranti-peranti yang kita gunakan hari ini masih lagi menggunakan protokol yang lama seperti 802.11g. Jika peranti ini bersambungan, ia boleh menjadikan keseluruhan rangkaian menjadi lembab disebabkan penggunaan protokol yang lama ini.

Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh mengubah tetapan pada router dengan hanya membenarkan sambungan dengan protokol baharu sahaja.

Bagi anda masih tidak tahu mana satu protokol yang lebih pantas, ini adalah senarainya dari paling pantas kepada yang paling lembab;

  1. ac
  2. n
  3. g
  4. b

Cuba singkirkan sambungan dari peranti yang menggunakan protokol “b” dan “g”.

Tukarkan kelebaran saluran

Router biasanya ada dua jenis tetapan kelebaran saluran, 20Mhz dan 40Mhz. Saluran 40MHz selalunya digunakan oleh router jenis baru dan ini menyebabkan ia menggunakan saluran-saluran wireless yang lebih lebar. Secara tidak langsung ia akan memberi kesan terhadap peranti yang menggunakan protokol lama kerana ia akan meyebabkan gangguan (interference) yang disebabkan oleh saluran yang lebih lebar.

Bagaimanapun mengubah tetapan ini tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap kepantasan melayari laman web. Ia cuma akan meningkatkan kelajuan anda melakukan streaming atau pemindahan fail antara komputer-komputer dan peranti-peranti di dalam rangkaian anda.

 

6 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.