Perjanjian kerjasama diperbaharui ini yang meliputi kedua-dua pasukan lelaki dan wanita dan diperluaskan untuk memasukkan City in the Community (CITC) pada 2021 menyaksikan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak telah memasuki penggal keempat.
Sejak kerjasama dijalinkan pada Januari 2020, Midea dan Manchester City telah berusaha sama untuk mewujudkan satu siri pengaktifan dalam merangkul anugerah, antaranya termasuk #MideaHomeChallenge yang menyaksikan pemain-pemain City memperlihatkan teknik hebat dan memberi inspirasi kepada peminat untuk menghayati keseronokan bermain bola sepak di rumah semasa penutupan, dan #TasteTactics yang memberi peluang kepada pemain-pemain untuk mempersembahkan hidangan kegemaran mereka yang kemudian disediakan oleh chef selebriti untuk membolehkan para peminat mencipta semula hidangan tersebut di rumah.
Anugerah #MideaWorldClassAwards, yang dilancarkan pada penghujung setiap musim kerjasama sehingga sekarang, juga merupakan siri kandungan yang sangat berjaya. Dengan menampilkan Duta Kelab Paul Dickov dan Shaun Wright-Phillips, para peminat digalakkan untuk mengundi pemain mereka bagi musim berkenaan untuk kategori yang menerujakan seperti “Pembuka Terbaru” (ditaja oleh Peti Sejuk Midea) dan “Pengedar Terhebat” (ditaja oleh Penghawa Dingin Midea) atau “Penamat Cemerlang” (ditaja oleh Mesin Basuh Pinggan Mangkuk Midea). Edisi yang amat dinanti-nantikan tahun ini akan disiarkan tidak lama lagi di seluruh saluran Midea dan Manchester City.
Sebagai sebahagian daripada pembaharuan perjanjian, Midea dan Manchester City akan terus mencipta kempen kandungan berkualiti tinggi melalui kerjasama lanjutan dengan pemain-pemain. Jenama Midea dan rangkaian produknya yang luas juga akan dipamerkan lebih lanjut untuk menjangkau peminat dan berjuta-juta penonton yang menonton di seluruh dunia melalui peningkatan kehadiran jenama di Stadium Etihad menerusi papan tanda dan paparan LED bersaiz besar di stadium.
Roel de Vries, Ketua Pegawai Operasi City Football Group, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk melanjutkan lagi kerjasama kami dengan Midea hari ini. Kami amat berbangga dengan kejayaan kerjasama yang telah diwujudkan selama ini serta kandungan berkualiti tinggi dan pengaktifan yang dapat kami sampaikan dengan kerjasama Midea. Kami berharap dapat terus bekerjasama untuk menyampaikan projek-projek yang lebih menarik kepada peminat kami apabila kami melangkah masuk ke penggal baharu ini.”
“Kami memulakan kerjasama semasa waktu sukar pada awal 2020 dan telah membina hubungan kerjasama yang benar-benar berjaya selama ini. Saya amat gembira dengan keterlihatan jenama global Midea di setiap permainan tuan rumah Manchester City serta semua siri kandungan digital kami yang berbeza dan berprestasi tinggi yang digemari oleh peminat di seluruh dunia. Pasukan kerjasama telah menunjukkan, dan data telah membuktikan bahawa hubungan kerjasama ini menjadi salah satu aset penting untuk wawasan pembinaan jenama global Midea dalam beberapa tahun akan datang,” kata Eric Wang, Presiden Perniagaan Peralatan Pengguna Kumpulan Midea.
Midea dan Manchester City juga akan membuat pengumuman lanjutan yang menarik pada akhir tahun ini.
www.midea.com/global/ManchesterCity
Video – https://www.youtube.com/watch?v=71HkiwaqsF8
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2081411/Midea_and_ManCity.jpg
