Utama Microsoft Microsoft mula masukkan widget taskbar Windows 10 baharu hari ini

Microsoft mula masukkan widget taskbar Windows 10 baharu hari ini

187
0
Windows News Weather Taskbar Widget

Microsoft pada hari ini telah mula memasukkan perubahan terbesar taskbar Windows dengan memperkenalkan widget taskbar ‘weather‘ dan ‘news‘ baharu. Widget-widget ini menyediakan maklumat mengenai berita, saham, sukan dan cuaca terus dari taskbar anda.

Suapan kandungan mini ini hanya muncul apabila anda mengaktifkan widget tersebut dan boleh diubahsuai mengikut selera pengguna sama ada ingin mengikut perkembangan terkini berita, sukan dan cuaca yang mutakhir.

Microsoft menggunakan rangkaian Microsoft News untuk memaparkan berita dan kandungan dari lebih 4,500 sumber. Penggunaan kecerdasan buatan (A.I.) juga dimanfaatkan bagi mempelajari jenis berita apa yang bersesuaian dengan pengguna.

Bagi anda yang tidak mengambil kisah pun dengan widget ini, anda boleh melumpuhkannya dari muncul pada taskbar anda.

Widget terbaru ini akan mula diluncurkan bermula hari ini melalui kemaskini pratonton kumulatif April 2021. Penambahan terbaru ini akan tiba kepada seluruh pengguna Windows 10 melalui kemaskini keselamatan Windows pada Mei nanti.

Microsoft telah menjalankan pengujian widget taskbar ini semenjak Januari lalu dan kini sedang di dalam peringkat ujian akhir. Widget taskbar baharu ini akan sedia ditawarkan bagi pengguna Windows 10 yang menggunakan versi 1909 dan ke atas.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.