Berita baik buat peminat-peminat Xiaomi, syarikat jenama telefon pintar dari China ini bakal melancarkan dua model telefon pintar baru untuk pasaran Malaysia; Mi 6 dan Mi Max 6. Pengumuman ini didedahkan melalui laman rasmi Xiaomi Malaysia.

Pengumuman ini turut menyatakan pra tempahan untuk kedua-dua model telefon pintar ini boleh dibuat mulai 31 Julai ini tepat jam 12 tengahari. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya boleh melakukannya di laman jualan rasmi Mi Malaysia di Lazada atau di premis jualan Mi Premium Reseller di Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Untuk Mi 6, harga yang ditawarkan adalah RM1,899 dan menampilkan RAM 6GB bersama-sama storan dalaman 64GB. Manakala untuk Mi Max 2 pula, ia menampilkan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB dengan harga yang ditawarkan RM1,199. Apa yang menarik pada Mi Max 2, telefon pintar ini menawarkan kapasiti bateri yang amat besar, 5,300 mAh.

Sebagai perbandingan, Mi 6 yang ditawarkan untuk pasaran China dijual pada harga 2,499 Yuan (bersamaan lebih kurang RM 1,586). Untuk Mi Max 2 pula, harga yang ditawarkan adalah 1,699 Yuan (bersamaan lebih kurang RM 1,078).

Bagi anda yang berminat untuk membuat pra tempahan di Lazada, layari pautan ini dan ini untuk keterangan lanjut.

Sumber berita diperoleh dari Facebook Xiaomi Malaysia

1 komen

Tinggalkan komentar