Utama Perbankan Maybank bekerjasama dengan Microsoft untuk pacu Transformasi Digital

Maybank bekerjasama dengan Microsoft untuk pacu Transformasi Digital

137
0
Logo Maybank

Malayan Bank Bhd (Maybank) telah memeterai kerjasama lima tahun bernilai RM1 billion dengan Microsoft bagi memacu tranformasi digitalnya.

Kerjasama ini membolehkan Maybank memanfaatkan teknologi Microsoft seperti suit kolaborasi, awanan, kecerdasan buatan (AI), dan keupayaan keselamatan bagi memacu kepuasan pelanggan, meningkatkan kecekapan operasi dan menggalakkan pembudayaan inovasi berterusan.

Ia juga merangkumi naik taraf keupayaan sedia ada ke Microsoft 365 dan juga penggunaan Microsoft Azure sebagai salah satu platform awanan utama untuk sebahagian dairpada sistem, fungsi dan bebanan data paling strategik.

Langkah ini juga menyediakan Maybank dengan asas yang boleh skala, bingkas dan selamat, membolehkan analisis data masa nyata, pelaksanaan perkhidmatan baharu lebih pantas dan peningkatan kecekapan operasi.

Memperkuatkan lagi produktiviti dan kecerdasan, Maybank akan menyediakan Microsoft 365 Copilot kepada semua 44,000 pekerjanya bagi memperkasakan warga kerja Maybank dengan keupayaan berkuasa AI yang meluas.

Selain penerimaan teknologi, Maybank turut menyatakan kerjasama ini menyerlahkan pelaburan paling strategiknya iaitu warga kerjanya. Kerjasama ini akan meneroka pembentukan pusat kecemerlangan untuk kedua-dua syarikat untuk bekerjasama membangunkan inovasi dikuasakan awanan dan AI, serta memupuk bakat-bakat dalaman di dalam bidang ini.

Tinggalkan komentar