KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER 2024 – Dengan ketibaan Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada tidak lama lagi, Lazada Malaysia teruja untuk memperkenalkan AI Lazzie – pembantu beli-belah peribadi terbaharu yang bersedia untuk memudahkan penemuan produk, navigasi, dan proses membeli-belah di platform eDagang. Dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI), pelancaran AI Lazzie selaras dengan komitmen Lazada untuk memberikan pengalaman terkini pada harga terbaik, memenuhi keperluan pengguna celik digital di Asia Tenggara. Di samping inovasi teknologi ini, Lazada juga telah menerbitkan kertas putih yang menggariskan potensi dan impak penggunaan AI di Asia Tenggara, serta menunjukkan bagaimana AI mengubah pengalaman membeli-belah dalam talian.
Dibangunkan bersama Kantar, kertas putih bertajuk “Artificial Intelligence Adoption in eCommerce in Southeast Asia” ini meninjau lebih 6,000 pembeli di enam pasaran utama Lazada di Asia Tenggara – termasuk Malaysia – untuk memahami penerimaan dan penggunaan AI di platform eDagang. Kajian ini menganalisis kesedaran, kepercayaan, pilihan, gelagat pembelian, serta cabaran yang dihadapi pengguna.
Kajian tersebut mendedahkan bahawa 88% pengguna membuat keputusan pembelian berdasarkan kandungan dan cadangan yang dihasilkan AI, menunjukkan tahap kepercayaan yang tinggi terhadap cerapan dipacu AI. Sekurang-kurangnya separuh daripada responden (52%) juga berkata bahawa kemudahan membeli-belah yang dipermudahkan merupakan sebab utama mereka menerima AI dalam kehidupan mereka, justeru itu menunjukkan nilai yang diperoleh daripada kemudahan dan kecekapan pembelian yang dijana AI. Terutama sekali, lebih satu pertiga responden turut menilai ciri AI seperti bot sembang (47%), carian visual (40%) dan terjemahan (40%) sebagai ciri yang paling membantu dalam memenuhi keperluan membeli-belah mereka.
Dalam kalangan pengguna yang kerap menggunakan ciri AI, 92% menghargai pengesyoran yang diperibadikan, manakala 90% menghargai peranan AI dalam meringkaskan maklumat produk. Ini menggambarkan permintaan yang tinggi untuk penyelesaian AI dalam memudahkan proses pembelian dan pembuatan keputusan. Separuh daripada responden (49%) juga telah menyatakan bahawa AI menambah baik penemuan produk dan pengalaman pelanggan, seterusnya menjadikan pembelian dalam talian lebih menyeronokkan.
Tambahan pula, 80% pengguna menggunakan ciri AI dalam aplikasi eDagang sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ini menunjukkan bahawa integrasi AI dalam platform eDagang mampu memperkayakan pengalaman membeli-belah yang lebih holistik dan efektif.
Isi Kandungan
Memperkenalkan AI Lazzie, Rakan Beli-belah Pintar Baharu Anda
Demi memenuhi permintaan untuk pengalaman membeli-belah yang pintar dan diperibadikan, Lazada telah melancarkan rangkaian peningkatan AI yang menumpukan kepada empat dimensi (4D) pengalaman pengguna: penemuan (discovery), kebolehpercayaan (dependability), tawaran (deals) dan pembuatan keputusan (decision-making). Peningkatan ini memastikan pengguna boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang berkualiti tinggi dengan bergantung pada AI Lazada untuk mencari pelbagai pilihan, nilai, dan perkhidmatan yang disesuaikan mengikut keperluan masing-masing.
Antara peningkatan AI yang dilancarkan oleh Lazada termasuk AI Lazzie – pembantu peribadi interaktif dan bot perbualan yang menyediakan bantuan 24/7 yang tersuai untuk pelbagai keperluan membeli-belah. AI Lazzie, bot sembang AI eDagang yang pertama ini dikuasakan oleh ChatGPT OpenAI dan boleh diakses melalui Message+ dalam aplikasi Lazada. Ia menawarkan respons kontekstual, pengesyoran produk, dan menyediakan akses kepada tawaran eksklusif, baucar dan diskaun. Sama ada untuk mendapatkan tawaran terbaik atau membantu pengguna memilih produk yang sesuai, AI Lazzie mengubah pengalaman membeli-belah menjadi lebih mudah dan intuitif.
Ciri-ciri AI baharu Lazada merangkumi pelbagai manfaat bagi pengguna dan penjual, termasuk:
- Cadangan Pintar: Berdasarkan interaksi pengguna, sejarah pembelian dan pilihan peribadi, AI Lazzie mampu mencadangkan produk yang diperibadikan, menawarkan keperluan mesra bajet atau pilihan yang lebih mewah.
- Model Maya: Penggemar fesyen kini boleh menggunakan model maya untuk menggambarkan padanan dan saiz pakaian dengan menggunakan imej produk yang tersedia. Selain itu, AI Lazada juga boleh mencadangkan saiz pakaian yang sesuai berdasarkan model tersebut. Bagi penjual, ciri ini membantu mengurangkan kos pemasaran dan operasi sambil meningkatkan kecekapan jualan.
- Ringkasan Ulasan: AI Lazada boleh meringkaskan ulasan pelanggan bagi memudahkan pembeli membuat keputusan yang cepat dan tepat. Ia juga boleh menghasilkan keterangan produk yang ringkas dengan mengetengahkan ciri-ciri utama produk.
Di samping pelancaran AI Lazzie, pengguna kini boleh mengambil kuiz personaliti “What’s Your Spirit Animal”. Dengan menjawab beberapa soalan dalam kuiz ini, peserta akan menemui persona pembeli mereka yang unik, digambarkan sebagai spirit animal. Daripada llama yang mencurigakan kepada musang fennec yang hiperaktif, setiap spirit animal juga akan memberikan satu kod eksklusif kepada peserta yang lengkapkan kuiz tersebut. Kod ini boleh ditaip ke dalam fungsi Message+ di dalam aplikasi Lazada untuk menebus LazCash yang boleh digunakan untuk pembelian semasa Jualan 11.11.
Tawaran Eksklusif untuk Jualan Tahunan Terbesar Lazada
Dengan AI Lazzie sebagai rakan membeli-belah yang terbaik, pengguna boleh menikmati penjimatan yang tiada tandingan dalam pelbagai kategori semasa Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada yang bermula dari 10 November (8 malam) hingga 13 November. Sorotan jualan tahun ini termasuk:
- RM11 Crazy Deals: Dari 10 hingga 13 November, pembeli bertuah berpeluang mendapatkan produk terpilih bernilai hingga RM16,000 pada harga RM11 sahaja. Barisan produk bernilai lebih daripada RM100,000 termasuk telefon pintar terkini, kerusi urut mewah, dan TV tercanggih akan ditawarkan dari jenama seperti Dreame, Fitness Concept, GETHA, Gintell, HONOR, NeckPro, OGAWA, Samsung, SellinCost, TCL, Tineco, dan Xiaomi.
- Produk Eksklusif dan Tawaran Istimewa di Livestream: Peminat Koleksi Labubu boleh menantikan keluaran eksklusif “The Monsters” daripada Pop Mart dengan penampilan koleksi baharu “Have A Seat” yang bakal dilancarkan pada 8 November. Produk ini, bersama-sama dengan produk penjagaan kulit Kiehl’s berdiskaun 50% di SaSa, akan tersedia secara eksklusif melalui acara livestream bermula 10 November.
- Jimat sehingga RM1,111 untuk Pembelian Anda: Dari 7 hingga 13 November, pembeli boleh mengumpul baucar kempen yang menawarkan diskaun RM1,111 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM4,000. Baucar ini boleh ditebus sepanjang tempoh kempen untuk penjimatan besar, oleh itu pengguna boleh mula tambah ke troli untuk memaksimumkan diskaun ini.
- Pakaian Bergaya dari Taobao Fashion: Saluran baru untuk peminat fesyen, Taobao Fashion menawarkan pelbagai pilihan pakaian dan aksesori yang bergaya pada harga yang kompetitif. Dengan promosi khas “Buy 3 at 20% off”, pembeli boleh mendapatkan pakaian impian mereka tanpa membebankan dompet. Selain itu, pengguna juga boleh menikmati penghantaran dan pulangan percuma.
- Jaminan Harga Terendah: Nikmati pengalaman membeli-belah dengan yakin tanpa perlu bandingkan harga dengan Jaminan Harga Terendah Lazada. Sekiranya pembeli menjumpai harga yang lebih rendah di tempat lain, mereka boleh mengemukakan tuntutan kepada Lazada yang akan membayar balik 120% atas perbezaan harga dalam bentuk LazCash. Jaminan ini memastikan pengguna sentiasa mendapat tawaran yang terbaik!
Dengan diskaun terhebat dari platform dan baucar penjual, penghantaran percuma Semua Free Shipping yang meliputi penjual seluruh platform, tawaran LazFlash dengan diskaun hingga 90%, dan banyak lagi tawaran menarik yang lain, ini merupakan masa yang paling sesuai untuk membeli-belah. Sama ada untuk mencari hadiah bagi yang tersayang, membeli keperluan harian dan produk kegemaran, mendapatkan peranti terkini atau produk daripada senarai hajat, Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada menggabungkan kemudahan berkuasa AI dengan tawaran yang tiada tandingan, menjadikannya acara membeli-belah yang wajib disertai oleh semua!
Untuk maklumat lanjut mengenai AI Lazzie atau Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada, sila layari www.lazada.com.my. Semak tanda pagar #LazadaMY1111Sale, #LowyaltyEra, dan #LazadaMY di media sosial untuk kemas kini terkini.