Intel baru-baru ini telah mendedahkan sejumlah chip-chip pemprosesannya terkesan dari masalah kerentanan pada ciri keselamatannya. Pada asalnya, kerentanan ini diketemukan oleh penyelidik keselamatan pihak ketiga yang turut melibatkan Mark Ermolov dan Maxim Goryachy dari Positive Technologies Research.
Berdasarkan penemuan tersebut, kerentanan ini membolehkan penyerang mengambil alih kawalan sistem komputer pengguna dari jarak jauh.
Secara terperincinya, masalah ini boleh memberi kesan terhadap aplikasi-aplikasi Intel seperti Intel Management Engine, Intel Server Platform Service, atau Intel Trusted Execution Engines. Kesemua aplikasi ini sangat penting untuk pengoperasian sebahagian pemprosesan Intel dan berikut adalah senarai pemprosesan-pemprosesan yang terlibat;
- Keluarga Produk Pemprosesan Intel Core Generasi Ke-6, Ke-7 dan Ke-8
- Keluarga Produk Pemprosesan Intel Xeon E3-1200 v5 dan v6
- Keluarga Pemprosesan Scalable Intel Xeon
- Keluarga Pemprosesan Intel Xeon W
- Keluarga Pemprosesan Intel Atom C3000
- Siri Pemprosesan Intel Atom E3900 Apollo Lake
- Apollo Lake Intel Pentium
- Intel Celeron N dan J series
Oleh kerana kerentanan keselamatan ini turut melibatkan lebih dari jutaan komputer di seluruh dunia, pihak Intel turut menyediakan perisian yang membantu pengguna menyemak tahap kerentanan ini pada komputer masing-masing. Perisian berkenaan boleh dimuat turun di sini.
Bagaimanapun, kerentanan ini tidak melibatkan komputer-komputer Mac yang menggunakan chip pemprosesan Intel.
Buat masa ini, beberapa pengeluar telah mengambil inisiatif menjalin kerjasama dengan Intel untuk mengatasi masalah kerentanan ini pada produk masing-masing. Cuma, penyelesaian menyeluruh bagi masalah ini mungkin memerlukan masa yang agak panjang memandangkan jumlah chip pemprosesan yang terkesan adalah terlalu besar.
Sumber berita dari Intel Security Center