Utama Perbankan KWSP akan memperkenalkan Akaun 3 tidak lama lagi

KWSP akan memperkenalkan Akaun 3 tidak lama lagi

56
0

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan Akaun 3 tidak lama lagi, menurut laporan daripada akhbar New Straits Times. Kemudahan baharu yang juga dikenali sebagai Akaun Fleksibel ini bertujuan membantu pencarum ketika kecemasan dengan membenarkan pengeluaran sebanyak 10% daripada caruman bulanan pada bila-bila masa.

Perincian lanjut mengenai kemudahan tersebut masih lagi belum diumumkan secara rasmi. Menurut laporan, caruman yang akan dimasukkan ke dalam Akaun 3 tersebut hanya bermula dari bulan Mei dan seterusnya.

Sistem baharu ini kelak akan menjadikan caruman bulanan dibahagikan kepada tiga iaitu:

  • 75% ke dalam Akaun 1
  • 15% ke dalam Akaun 2
  • 10% ke dalam Akaun 3

Akaun 3 juga boleh menjadi seperti akaun simpanan yang boleh dibuat pengeluarannya pada bila-bila masa. Dalam pada masa yang sama, para pencarum juga dibenarkan untuk memindahkan dana dari Akaun 3 ke dalam Akaun 1 atau Akaun 2 pada bila-bila masa.

Buat masa ini, 70% dari caruman bulanan masuk ke dalam Akaun 1 (hanya boleh digunakan selepas persaraan), 30% ke dalam Akaun 2 (boleh dikeluarkan bagi tujuan pendidikan, kesihatan, perumahan dan pengeluaran separuh pada usia 50 tahun).

KWSP dijangka akan memperincikan dengan lebih lanjut bagaimana pembahagian caruman ke ketiga-tiga akaun berkenaan serta proses pengeluaran melalui Akaun Fleksibel. Bagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat pulangan daripada Akaun 3 mungkin rendah kerana membenarkan pengeluaran dibuat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.