Utama Mobile Aplikasi YouTube halang Strim Video melalui Aplikasi Pihak Ketiga yang Halang Iklan

YouTube halang Strim Video melalui Aplikasi Pihak Ketiga yang Halang Iklan

30
0
YouTube-Downloads-on-Android

YouTube telah mengumumkan perluasan langkah membasmi sekatan iklan oleh aplikasi-aplikasi mudah alih pihak ketiga yang menayangkan videonya. Platform berkenaan kini semakin mengetatkan lagi penggunaan perkhidmatannya jika mendapati pengguna menggunakan aplikasi pihak ketiga yang menyekat iklan.

Menurut hantaran di dalam laman blognya, pengguna yang menggunakan aplikasi tersebut akan berdepan dengan masalah buffering atau ralat yang menyatakan “The following content is not available on this app” apabila cuba menonton video YouTube.

“Kami ingin menegaskan syarat kami yang tidak membenarkan aplikasi pihak ketiga mematikan iklan kerana ia menghalang para pencipta kandungan menerima ganjaran dari tontonan,” ujarnya lagi.

Penggunaan AdGuard ketika menonton video YouTube menggunakan pelayar mudah alih kini menyebabkan masa memuatkannya bertambah panjang. Pun begitu, kemungkinan besar aplikasi-aplikasi sedemikian akan mencari jalan untuk mengatasi sekatan tersebut.

YouTube sedang bereksperimen dengan langkah menghalang penyekat iklan sejak dari tahun lepas bagi menggalakkan penggunanya melanggan YouTube Premium. Sebelum ini pada tahun 2022, YouTube pernah mengambil tindakan undang-undang bagi menutup laman tontonan YouTube bebas iklan, YouTube Vanced.

Bagaimanapun, satu lagi aplikasi yang hampir sama telah muncul dengan nama ReVanced pula.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.