Utama Bola Sepak Konami eFootball jalin kerjasama dengan FAM, bawa pasukan Harimau Malaysia ke dalam...

Konami eFootball jalin kerjasama dengan FAM, bawa pasukan Harimau Malaysia ke dalam Permainan

132
0

Konami eFootball telah mengumumkan jalinan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menandakan mercu baharu pasukan kebangsaan di dalam arena bola sepak maya.

Kerjasama ini membawakan pasukan kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya ke eFootball buat julung kalinya. Para peminat bola sepak tempatan kini boleh memainkan pasukan kebangsaan yang dibarisi bakat-bakat tempatan untuk bersaing di arena e-sukan global. Kempen-kempen eksklusif yang disasarkan kepada peminat bola sepak Malaysia juga diperkenalkan menerusi acara dan pertandingan interaktif.

Pengarah Urusan Konami Michio Takahashi turut menyatakan matlamat kerjasama ini adalah bagi menjalin hubungan antara peminat-peminat bola sepak di seluruh dunia.

“Konami komited untuk menyediakan cara yang bermakna dan inovatif bagi peminat melibatkan diri dengan eFootball sambil memupuk kecintaan sejagat terhadap sukan yang melangkaui sempadan. Menerusi kerjasama bersama FAM ini, dan ikon Harimau Malaya ini, ia membolehkan kami meraikan tenaga bola sepak Malaysia yang dinamik. Kerjasama ini juga memberi peluang unik kepada pemain eFootball untuk menghubungkan diri dan mewakili kebanggaan serta semangat yang dimiliki oleh Harimau Malaya di pentas global.” ujar beliau.

Bagi meraikan kerjasama ini, Konami eFootball turut memperkenalkan kad bertaraf EPIC untuk bekas pemain bola sepak Malaysia Safee Sali. Kad tersebut merupakan sebahagian daripada siri “Harimau Malaya Stars” bagi menghargai sumbangan beliau di dalam bidang sukan ini.

Safee Sali juga menyatakan rasa bangga terhadap penghargaan ini dan menggalakkan para peminat untuk bermain sebagai wira bola sepak negara seperti Arif Aiman, Dominic Tan dan Paulo Josué.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.