Kuala Lumpur, 30 September 2025 – Peminat permainan video dan pengembara berkongsi satu semangat yang sama: kegembiraan meneroka. Klook, platform terkemuka Asia untuk pengalaman pelancongan, dan PlayStation telah berganding bahu untuk memperhalusi pelancongan berteraskan pengalaman menerusi Jelajah Hokkaido Ghost of Yōtei yang dikurasi secara eksklusif, sempena pelancaran permainan pada 2 Oktober 2025 di PlayStation 5.
Menghubungkan Dunia Maya dan Realiti
Kolaborasi ini membawa dunia permainan Ghost of Yōtei yang dinanti-nantikan—berlatarbelakangkan Jepun luar bandar abad ke-17—keluar dari skrin ke landskap sebenar Hokkaido yang menjadi inspirasi kepada jalan ceritanya. Ia mengundang pelancong untuk melangkah masuk ke dunia imersif permainan ini, sambil membuka peluang kepada para pemain untuk menerokai keindahan lain yang ditawarkan oleh Hokkaido.
Selain pengaruh media sosial—yang menurut Klook Travel Pulse telah mendorong 79% golongan milenial dan Gen Z memilih destinasi percutian—permainan video kini muncul sebagai sumber inspirasi baharu dalam pelancongan. Pemain bukan sekadar melihat sesuatu tempat; mereka menghayatinya. Jelajah Hokkaido Ghost of Yōtei menterjemahkan konsep ini ke realiti, menghubungkan dunia maya dengan pengalaman perjalanan sebenar.
Menetapkan Standard Baharu dalam Penemuan Pelancongan
“Kami sentiasa mencari cara baharu untuk melangkaui sempadan imaginasi dalam pelancongan, demi mencipta pengembaraan yang lebih bermakna dan imersif,” kata Marcus Yong, Naib Presiden Pemasaran Global di Klook. “Bersama PlayStation, kami mereka bentuk satu pengalaman asli yang membolehkan peminat beralih terus dari konsol ke desa, menghidupkan kisah Ghost of Yōtei sambil menyingkap keindahan serta budaya kaya Hokkaido.”
Dengan lonjakan populariti sebanyak 25% pada tahun lalu, Hokkaido jelas menunjukkan peningkatan minat terhadap pengembaraan di luar laluan biasa, menurut data Klook. Sewaan kereta antara produk paling laris di platform, membuktikan bahawa pelancong aktif mencari cara untuk meneroka destinasi lebih jauh daripada laluan tradisional.
Apa yang Menanti Pelancong (dan Pemain)
Klook dan PlayStation menjemput anda untuk merasai Hokkaido sebagaimana pasukan pembangunan permainan Ghost of Yōtei mengalaminya. Jelajah sehari yang dikurasi ini membawa anda ke lokasi-lokasi yang telah dilawati pembangun permainan sewaktu kajian mereka.
Lokasi yang diliputi dalam Jelajah Hokkaido Ghost of Yōtei:
- Gunung Yōtei: Dinamakan sempena Ghost of Yōtei, gunung ini turut dikenali sebagai “Gunung Wanita” oleh masyarakat Ainu. Ia menjadi simbol Hokkaido dan muncul dalam permainan sebagai mercu tanda yang sentiasa kelihatan di kaki langit, menjadi saksi bisu perjalanan anda. Pandangan ikoniknya menambat kisah di alam maya dan realiti.
- Noboribetsu Date Jidai Mura: Rasai suasana era Edo di perkampungan sejarah hidup ini yang menjadi inspirasi kepada seni bina serta budaya permainan. Pengunjung boleh mencuba aktiviti budaya Jepun seperti memanah, membaling shuriken, atau memakai kostum samurai yang seolah-olah membawa anda terus masuk ke dunia Ghost of Yōtei.
- Noboribetsu Jigokudani (Lembah Neraka): Landskap gunung berapi berkabus dengan tebing curam ini mengilhamkan kubu berkabus dan domain oni (syaitan) dalam permainan. Patung-patung oni yang berselerakan di bandar ini turut mencorakkan mitos oni yang menjadi sebahagian bab gelap kisah Ghost of Yōtei.
- Tasik Tōya & Onsen Street: Dengan latar Gunung Yōtei, tasik tenang ini beserta onsen dan bandar tepi tasik yang damai menjadi inspirasi kepada momen rehat dalam permainan. Ia menjemput anda untuk bersantai, merendam kaki, dan menikmati suasana desa yang tenteram
Jelajah ini merupakan cetak biru kepada perjalanan Ghost of Yōtei, dan hanya boleh ditempah secara eksklusif di Klook untuk tempoh terhad.
Untuk memulakan kerjasama ini serta meletakkan jelajah ini di titik pertemuan antara peminat permainan dan pengembara moden, Klook akan memanfaatkan rangkaian Kreator—gabungan pengaruh dalam bidang pelancongan dan permainan di seluruh Asia. Strategi sosial-utama ini menggerakkan suara-suara dipercayai untuk menghasilkan kandungan autentik dan menarik mengenai Hokkaido, seterusnya mendorong penemuan dalam talian.
Ketahui lebih lanjut di sini: https://www.klook.com/tetris/promo/ghostofyotei/