Pertunjukan Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 dijadualkan akan berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula dari 5 hingga 11 Disember 2024.
Dianjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), acara edisi ke-10 ini yang bertemakan “Beyond Mobility” mensasarkan mengetengahkan kemajuan terkini di dalam kelestarian dan teknologi automotif.
Menurut penganjur, KLIMS 2024 akan disertai oleh hampir 70 pempamer di kawasan seluas 30,000 meter persegi dengan mempertunjukkan pelbagai jenis kenderaan dari kenderaan elektrik (EV) hinggalah ke model-model konsep.
Jenama-jenama seperti Proton, Perodua, Toyota dan Nissan akan mempersembahkan debut eksklusif di dalam acara tersebut. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik lain juga dijangka akan diadakan seperti fotografi media sosial, pertandingan simulasi perlumbaan dan juga cabutan bertuah.
Pertunjukkan ini yang menumpukan pada kelestarian ini turut disokong dengan kerjasama oleh badan-badan kerajaan seperti MARii dan MATRADE. Menurut MAA, kerjasama ini mensasarkan untuk meningkatkan sektor automotif Malaysia dengan memperluaskan pembangunan teknologi hijau dan infrastruktur EV.
Edisi tahun ini juga akan menampilkan penyertaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PDRM bagi mempromosikan keselematan jalan raya dan juga menyediakan perkhidmatan seperti pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan.
Lain-lain daya tarikan pengunjung seperti pamera kereta-kereta berskala kecil die-cast Ferrari dan kereta-kereta eksotik turut diadakan. Selain itu, kelab-kelab automotif dari seluruh Malaysia juga akan bertemu di KLIMS 2024 bagi menyediakan platform untuk para peminat automotif bersua-kenal.
CARSOME akan turut serta menawarkan perkhidmatan tukar beli kenderaan dengan Petronas pula hadir dengan menawarkan program-program pendidikan. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi KLIMS 2024.