Satu lagi eksploitasi zero-day pada Flash Player telah diketemukan dalam masa tak sampai seminggu selepas yang pertama diketahui. Adobe telah mengkaji tahap keselamatannya dan akan menerbitkan tampalan (patch) dalam minggu ini. Namun, tarikh sebenar untuk memperoleh kemaskini tersebut masih belum diketahui secara spesifik.
Eksploitasi zero-day adalah sangat merbahaya kerana kerentanan pada satu-satu perisian tersebut tidak diketahui oleh para pembangunnya dan disebabkan itu, tiada sebarang pembaikan yang boleh diperoleh dalam masa terdekat. Justeru menjadikan penjenayah siber yang berniat jahat menggunakan exploitasi pada Flash Player ini dengan menyunting kandungan malware pada komputer anda hanya kerana anda melayari laman web mengandungi Flash Player.
Ini bukanlah hanya sekadar teori semata-mata. Malware yang mengambil kesempatan eksploitasi zero-day memang pernah berlaku. Adobe telah pun menerbitkan tampalan kecemasan (versi 18.0.0.203) untuk menangani masalah ini dan jika anda tidak mengemaskini Flash Player anda pada minggu lalu, anda wajib melakukannya sekarang.
Eksploitasi zero-day yang kedua ini masih lagi wujud dan sehingga kini masih tiada lagi sebarang pembaikan yang diberikan oleh pihak Adobe. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda mungkin perlu melumpuhkan sementara Flash Player pada pelayar anda sementara menunggu kemaskini tampalan yang akan disediakan oleh Adobe dalam beberapa hari lagi.
begitu cepat cela itu ditemukan memang hebat para hacker ya