Xiaomi telah mengesahkan telefon pintar Redmi 2 Enhanced Edition bakal hadir ke pasaran Malaysia pada minggu ini pada 16 Julai.
Secara asasnya, telefon pintar versi Enhanced Edition ini tidak banyak bezanya dengan versi asal Redmi 2 sebelum ini. Namun, ia dibezakan dari sudut perkakasannya yang lebih baik dan telah dipertingkatkan. Memorinya telah dipertingkatkan sekali ganda dari 1GB sahaja pada Redmi 2 kepada 2 GB. Begitu juga pada kapasiti storan dalamanya yang digandakan kepada 16GB dari hanya 8GB.
Lain-lain aspek pada versi Redmi 2 Enhanced Edition ini masih lagi kekal sama seperti pemprosesan Snapdragon 410, paparan IPS 720p 4.7 inci, sokongan dwi-kad SIM 4G LTE serta kamera belakang 8MP.
Redmi 2 Enhanced Edition akan dijual pada harga RM459 atau RM60 lebih tinggi berbanding Redmi 2 asal yang kini dijual pada harga RM399.
-Sumber info diperoleh dari Facebook Xiaomi Malaysia