Pasaran televisyen berbayar di Malaysia seperti yang kita sedia maklum dikuasai oleh Astro sebagai peneraju utama perkhidmatan ini dan diikuti oleh TM Unifi HyppTV. Bagaimanapun, tidak lama lagi dijangkakan lebih banyak lagi penyedia-penyedia baru bakal memasuki pasaran ini kelak berdasarkan satu temubual terkini bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tuan Gobind Singh Deo.
Berdasarkan wawancara terbabit, menteri berkenaan menyatakan bahawa pihak beliau akan meneliti setiap cadangan tersebut pada kadar segera dan yakin langkah ini sesuai dengan kehendak pasaran semasa. Beliau turut menyatakan, pengguna bakal menikmati lebih banyak pilihan terbaik apabila wujud lebih banyak persaingan dalam pasaran televisyen berbayar tempatan ini nanti.
Sungguhpun pasaran televisyen berbayar dilihat amat menguntungkan terutama sekali apabila melihat pada prestasi 20 tahun Astro sebagai penyedia utama televisyen berbayar di Malaysia, terdapat lebih banyak kegagalan yang dialami oleh penyedia-penyedia lain. Antaranya termasuklah Mega TV, Asian Broadcasting Network, dan U Television/MiTV yang kesemuanya pada asalnya amat optimis sebelum tersungkur kerana tidak dapat menyaingi penawaran yang diberikan oleh pihak Astro.
Pun begitu, sebagai pengguna kita tentunya menerima baik langkah yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam membuka lebih banyak pilihan buat pengguna dalam mendapatkan perkhidmatan televisyen berbayar yang lebih baik. Cuma, janganlah nanti bila dah murah nanti kualitinya pula macam hampeh.
Sumber berita diperoleh dari The Malaysian Reserve, Imej dari Facebook Kementerian Komunikasi dan Multimedia
pecahkan monopoli..jika ada persaingan bagus juga sebab masing2 bersaing untuk bagi servis terbaik.
Tu la. Dah lama sangat Astro ni monopoli market. Elok jugak bila ada persaingan ni.