Utama Mobile Aplikasi Kemaskini terbaru Google Maps sediakan Mod Navigasi Motosikal untuk pengguna di Malaysia

Kemaskini terbaru Google Maps sediakan Mod Navigasi Motosikal untuk pengguna di Malaysia

2028
0

Bagi pengguna jalan raya di Malaysia yang biasa berulang-alik ke tempat kerja, motosikal merupakan pilihan yang tidak asing lagi bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya. Sungguhpun terdapat sesetengah pihak yang merasakan ciri keselamatan motosikal agak kurang jika dibandingkan jenis pengangkutan lain, ianya tetap menjadi pilihan bagi pengguna yang bencikan kesesakan trafik.

Lagipun, pengguna motosikal mempunyai kelebihan untuk menyelit di celah-celah kenderaan sewaktu kesesakan trafik sedang berlaku selain boleh menggunakan jalan pintas yang kenderaan lain tidak dapat gunakan. Oleh yang demikian, sistem navigasi yang diperlukan oleh penunggang motosikal adalah berbeza jika dibandingkan dengan sistem yang sedia ada.

Hal ini telah menyebabkan Google mengambil inisiatif memperkenalkan mod khusus untuk penunggang motosikal membuat navigasi melalui aplikasi Google Maps. Terdahulu, mod ini telah menjalankan proses pengujian di India dan seterusnya mula digunakan di negara-negara lain seperti Indonesia pada bulan Mac baru-baru ini.

Fungsi ini boleh diakses seperti menggunakan navigasi kereta biasa yang mana pilihan mod kenderaan motosikal akan tertera bersebelahan dengan mod kenderaan kereta. Pengguna boleh mendapatinya dengan mudah melalui ikon motosikal yang muncul pada aplikasi Google Maps setelah pengguna membuat kemaskini paling terkini aplikasi ini. Bagi penunggang motosikal yang berhasrat menggunakan mod navigasi motosikal ini diingatkan supaya menggunakan cagak/pemegang (holder) khusus pada motosikal supaya tidak membahayakan keselamatan.

Aplikasi navigasi lain seperti Waze sebelum ini telah pun memperkenalkan mod motosikal ini lebih awal pada November 2017. Jadinya, agak lama jugak pengguna Google Maps nak tunggu mod motosikal ni masuk kat dalam Google Maps.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.