Utama Mobile Julat Kelajuan 4G Malaysia antara 9Mbps hingga 21Mbps, Secara Purata 14Mbps –...

Julat Kelajuan 4G Malaysia antara 9Mbps hingga 21Mbps, Secara Purata 14Mbps – OpenSignal

1095
0

OpenSignal baru-baru telah menerbitkan sebuah laporan yang turut melibatkan data-data yang dikumpul dari Malaysia. Laporan terbaru yang diterbitkan ini merangkumi capaian rangkaian 4G di negara-negara terpilih – sungguhpun tajuk laporannya bertajuk “The 5G Opportunity”.

Apapun, data-data yang dikumpulkan oleh OpenSignal ini diperoleh dari 77 buah negara dalam tempoh antara 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018. Berdasarkan data-data yang dikumpulkan wujud ketidakseimbangan kelajuan memuat turun rangkaian 4G pada waktu puncak dan di luar waktu puncak.

Pihak OpenSignal berpendapat masalah kelajuan tidak sekata ini mungkin boleh diatasi kelak melalui pengenalan teknologi rangkaian 5G.

Bagi tahap kelajuan rangkaian 4G di Malaysia, OpenSignal menunjukkan kelajuan terbaik yang mampu dicapai oleh rangkaian mudah alih di Malaysia adalah pada kadar 21Mbps pada “waktu paling sunyi”. Laporan berkenaan tidak menjelaskan bilakah waktu sunyi berkenaan. Namun, berdasarkan purata global dari laporan berkenaan didapati “waktu paling sunyi” mungkin sekitar jam 3 pagi.

Bagaimanapun, OpenSignal menjelaskan dengan terperinci bilakah waktu rangkaian 4G paling perlahan di Malaysia iaitu pada jam 10 pagi. Pada waktu berkenaan, kelajuan memuat turun yang mampu dicapai adalah di sekitar 9Mbps. Turut dinyatakan kelajuan purata memuat turun rangkaian 4G di seluruh Malaysia adalah di sekitar 14Mbps.

Selain dari laporan yang disediakan oleh OpenSignal ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia turut mengeluarkan laporan terperinci berkenaan tahap capaian rangkaian internet di Malaysia bagi tahun 2018.

Sumber berita diperoleh dari OpenSignal

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.