Utama Android iQOO iQOO memperkenalkan iQOO Z7 5G Warna Eksklusif Supernova Orange

iQOO memperkenalkan iQOO Z7 5G Warna Eksklusif Supernova Orange

199
0

Kuala Lumpur, 4 September 2023 – iQOO melancarkan penambahan terbaru dan juga edisi terhad kepada siri Z7 mereka iaitu Supernova Orange pada hari ini. iQOO Z7 5G diberi warna baharu yang terang dan eksklusif bagi gaya kontemporari serta vitaliti tanpa had. Ia pasti akan menjadi pilihan ideal untuk golongan muda yang dinamik dan bergaya.

Antara ciri-ciri menarik yang ada pada edisi terhad iQOO Z7 5G Supernova Orange adalah, kapasiti bateri yang besar bersama ultra-120W pengecasan pantas memberikan pengguna pengalaman yang teknologi terkini yang mewah. Telefon pintar ini juga mempunyai prestasi yang sungguh cangih kerana ia dijana dengan cip Snapdragon® 782G,  64MP OIS kamera, kapasiti simpanan sebanyak 12/8GB + 8GB dan dilengkapi dengan skrin 120hz FHD +  Dot Display. 

Serlahkan Gaya Anda Dengan Supernova Orange

iQOO Z7 5G Supernova Orange mencerminkan semangat dan tenaga yang mewakili golongan muda pada masa kini. Pilihan warna yang vibran ini menyuntikkan sentuhan fesyen pada ciri-cirinya, memberi peluang kepada pengguna untuk meneroka ekspresi dan gaya mereka. Varian Supernova Orange ini memberi sentuhan serta daya tarikan yang amat unik dan menjadikannya sebagai telefon pintar yang harus dimiliki terutamanya bagi golongan muda. 

Prestasi Bateri dan Kuasa Pengecasan Pantas yang Luar Biasa

iQOO Z7 5G Supernova Orange dilengkapi dengan pengecasan pantas sebanyak 120W, memberikan kadar cas terpantas yang setanding dengan telefon pintar flagship terkemuka yang terdapat di pasaran. Selain itu, bateri ini mempunyai cas pintar berdasarkan corak tidur bila mencapai 80% cas, kemudian mencapai tahap penuh sebelum digunakan.

Baterinya juga dilengkapi dengan algoritma cas anti-penuaan di mana ia akan memantau kesihatan bateri secara dinamik sambil menyesuaikan cas secara langsung dengan mengawal arus mengikut keperluan.

Selain itu, iQOO Z7 5G Supernova Orange menggunakan pemisah viskositi aras tinggi generasi kedua, yang meningkatkan pelekatan lapisan elektrod, prestasi mekanikal dan daya tahan sel. Ia juga mempunyai langkah-langkah keselamatan komprehensif yang menjalani 7 ujian keselamatan bateri dan boleh dipercayai kerana ia dikuasakan dengan teknologi pengecasan reverse.

Paparan Skrin dan Audio yang Memukau 

iQOO Z7 5G Supernova Orange skrin LCD direka khas untuk memberi prestasi yang cemerlang. Dengan kadar keterangan maksima sebanyak 650 nits, ia memastikan paparan imej yang jelas kepada pengguna walaupun di bawah sinaran cahaya matahari yang terang. Paparan skrin 120Hz yang memberi perlindungan mata merupakan salah satu ciri menarik pada telefon pintar ini. 

Dengan iQOO Z7 5G Supernova Orange, bukan sahaja meyakinkan pengguna melabur pada tahap kecanggihan tetapi ia juga untuk memastikan keselesaan dan kesihatan pengguna terjamin dengan ciri blue-light yang rendah, tahap kecerahan yang fleksibel dan mode perlindungan mata global.  

iQOO Z7 5G Supernova Orange ini juga didatangi dengan Pembesar Suara Stereo Dwi Berkotak dan direka untuk mencipta kesan bunyi keliling bagi pengalaman bermain permainan video dan filem berkualiti yang lebih tinggi.

Rakan Ideal Semasa Merakam Momen Indah

Kamera utama iQOO Z7 5G Supernova Orange menyediakan visual semasa setiap detik yang dirakamkan boleh diubah menjadi sebuah karya agung dengan kegunaan Pro Sports Mode 3.0 yang mengurangkan kesan goncangan semasa merakam gambar. Dengan menggunakan algoritma rawEnhance dan pengukuran pergerakan untuk pengenalpastian pergerakan serta penyesuaian pendedahan segera, OIS berkesan mengatasi masalah gambar kabur supaya dapat menghasilkan gambar yang lebih tajam dan jelas.

Dengan ciri Super Night Mode 4.0 yang cemerlang, seni bina softBRP aras tinggi membawa prestasi unggul bagi fotografi cahaya rendah (ISO3200 dan lebih rendah), dan sinerginya dengan Kecerdasan Buatan (AI) turut meningkatkan kejelasan dan kualiti imej.

Tingkatkan Pengalaman Mesra Pengguna Dengan Alat Kawalan Jauh InfraRed & Wi-Fi 6

Bagi memberikan pengalaman yang sesuai dengan pengguna, iQOO Z7 5G Supernova Orange menjadikan kehidupan lebih mudah diakses dengan ciri Kawalan Jauh InfraRed dimana ia boleh digunakan untuk TV, projektor, dan peralatan rumah dari kira-kira 1600 jenama dari China dan luar negara, manakala Wi-Fi 6 yang diperkemas meningkatkan kecekapan komunikasi disebabkan ciri baru seperti OFDMA dan DL/UL MU-MIMO.

Wi-Fi 6 yang diperbaharui menawarkan peningkatan yang ketara dalam kapasiti muat turun maksimum, memastikan prestasi rangkaian yang lebih lancar. Ini menyelesaikan masalah seperti waktu menunggu semasa penggunaan, membawa kepada pengalaman streaming video dan permainan yang lebih lancar untuk pengguna.

Promosi Jualan Pertama iQOO Z7 5G Supernova Orange 

Dengan setiap pembelian iQOO Z7 5G Supernova Orange, pembeli akan mendapat potongan harga sebanyak RM100 daripada harga asal bersama dengan jaminan skrin tambahan. 

Sempena jualan 9.9, pembeli juga berpeluang untuk membeli telefon pintar ini pada harga diskaun sebanyak RM1175 di saluran Shopee serta hadiah menarik seperti Edifier MP100+Bluetooth Speaker. Selain itu, iQOO Z7 5G Supernova Orange juga boleh didapati di saluran Lazada pada harga diskaun RM1169 beserta dengan hadiah menarik seperti Skullcandy Earbud. 

Berikut ialah maklumat mengenai harga, promosi dan platform pembelian iQOO Z7 5G Supernova Orange: 

Tarikh Pelancaran4 September 2023
Tarikh Jualan Pertama9 September 2023
Platform Jualan Atas Talianvivo Malaysia’s official E-store, Shopee, Lazada dan TikTok shop   
RRPRM1499

Untuk mengikuti perkembangan terkini, promosi dan spesifikasi produk terbaru iQOO sila rujuki di halaman Facebook iQOO dan laman web rasmi iQOO.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.