Utama Apple iPhone 13 Pro catat markah 137 mata dalam ujian kamera DXOMark, keempat...

iPhone 13 Pro catat markah 137 mata dalam ujian kamera DXOMark, keempat terbaik keseluruhan

2599
0

Apabila sesebuah iPhone baharu dilancarkan, maka ada sebuah ujian kamera DXOMark baharu dilakukan. Kali ini, iPhone 13 Pro mencatatkan markah 137, sembilan mata lebih berbanding iPhone 12 Pro pada 2020.

Ini seterusnya menempatkan kamera iPhone 13 Pro berada di tempat lima terbaik di kalangan kamera telefon pintar.

DXOMark menjelaskan pemarkahan ini turut melibatkan “markah bagi foto 144”, “markah bagi zoom 76”, dan “markah video 119”.

With a DXOMARK Camera overall score of 137 the Apple iPhone 13 Pro mingles among the very best devices in our camera ranking. The overall score is compounded by an excellent Photo score of 144. Like for all iPhones color rendering is vivid with nice skin tones and a slightly warm touch and the camera is generally very reliable. Overall Photo performance is quite similar to the 12 Pro we tested last year but improvements have been made in several areas.

Ulasan berkenaan turut menunjukkan iPhone 13 Pro mempunyai pendedahan sasaran tepat dan boleh ulang. Serta warna, tona kulit dan keseimbangan warna putih yang menarik. Ia mempunyai autofokus yang pantas, tepat dan boleh berulang dengan perincian baik bagi fotografi di dalam dan di luar bangunan.

Dalam pada masa yang sama, DXOMark menyatakan iPhone 13 Pro mempunyai julat dinamik terhad dalam gambaran kontras tinggi yang mencabar. Ia juga mempunyai hingar luminans pada lensa utama, ultra-lebar dan telefoto terutamanya dalam kurang pencahayaan.

Zoom kamera iPhone 13 Pro

iPhone berkenaan juga dikatakan kadangkala berhadapan dengan masalah keseimbangan warna putih dan merah jambu dalam sesetengah keadaan. Juga kadang-kadang variasi keseimbangan warna putih di dalam video. Maslaah ini dikatakan berkaitan dengan zoom kameranya:

The camera’s Zoom score of 76 isn’t quite up there with the very best but performance has still been improved over the 12 Pro, thanks to the longer 3x optical zoom versus 2.5x on the older model.

Pun begitu, keupayaan video pada iPhone 13 Pro merupakan sesuatu yang wajar menerima kepujian.

The outstanding Video score of 119 puts the iPhone 13 Pro at the very top of this sub-ranking, thanks to several improvements in key areas. Tone mapping instabilities that were very visible on the iPhone 12 series model have been fixed and exposure is now generally very stable. Autofocus performance has been pushed as well, thanks to better tracking a very smooth refocusing at the right moments. Our testers did not spot any unwanted focus breathing, either.

Secara keseluruhannya, berikut adalah senarai kedudukan 10 terbaik kamera telefon pintar menurut DXOMark:

  1. Huawei P50 Pro: 144
  2. Xiaomi Mi 11 Ultra: 143
  3. Huawei Mate 40 Pro+: 139
  4. Apple iPhone 13 Pro: 137
  5. Huawei Mate 40 Pro: 136
  6. Xiaomi Mi 10 Ultra: 133
  7. Huawei P40 Pro: 132
  8. Oppo Find X3 Pro: 131
  9. Vivo X50 Pro+: 131
  10. Apple iPhone 13 mini: 130

Bagaimanapun, metodologi dan kebolehpercayaan pengujian DXOMark seringkali dipertikaikan dan disanggah. Hal ini disebabkan kualiti kamera adalah sesuatu yang subjektif dan pemberian markah bukanlah sesuatu yang mudah. Ditambah lagi ketiadaan skala tetap dan markahnya pula melebihi 100.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.