Tidak lama selepas pengumuman harga dari Apple, kini telah diketahui siri iPhone 12 dan iPhone 12 Pro akan hadir ke Malaysia. Perkara ini dapat disahkan apabila maklumat mengenainya muncul di pangkalan data SIRIM.
Dikenalpasti dengan nama model A2407, iPhone 12 Pro telah menerima pengesahan dari badan piawaian kebangsaan negara menurut pangkalan datanya. Menariknya, iPhone 12 Mini yang disenaraikan sebagai A239 turut disenaraikan sungguhpun siri iPhone 12 dan iPhone 12 Pro akan dipasarkan di peringkat global hanya bermula pada November.
Senarai pangkalan data berkenaan turut menunjukkan kedua-dua peranti telah mendapat persijilan sokongan rangkaian 5G berfrekuensi 700MHz dan 3500MHz. Hal ini sudah dijangkakan kerana kedua-duanya jalur spektrum utama untuk rangkaian 5G di Malaysia.
Bagaimanapun, rangkaian 5G di Malaysia masih lagi belum tersedia untuk kegunaan umum. Selain itu, prasarana 5G di Malaysia juga dijangka bakal tersedia hanya pada 2022 mengikut perancangan JENDELA.
Untuk itu, pengguna di Malaysia buat masa ini tidak boleh memanfaatkan fungsi 5G pada siri iPhone 12 dan iPhone 12 Pro selagi prasarana 5G negara masih lagi belum tersedia.













