iOS 16, diberikan nama kod “Sydney” dan dijadual akan dipra-tonton pada acara WWDC Jun ini. Ia dijangka bakal menampilkan perubahan “yang signifikan” pada notifikasi dan juga ciri penjejakan kesihatannya. Walaubagaimanapun, ia dikatakan tidak membawakan rekaan semula baharu pada versi berikutnya ini.
Menerusi hantaran terbaru di ruangan pojok Power On di Bloomberg Mark Gurman menyatakan beliau tidak menjangkakan perubahan besar dalam rekaan semula pada antaramuka iOS 16 berbanding iOS 15. Namun, tidak menolak kemungkinan versi iOS 16 ini akan menyertakan penambahbaikan notifikasi dan ciri penjejakan kesihatan.
On the iOS side, I’m looking for some fairly significant enhancements across the board, including an update to notifications and new health-tracking features.
I’m not expecting an end-to-end redesign of iOS’s interface, even though it hasn’t changed much since iOS 7 nearly a decade ago. But there might be a new iPadOS multitasking interface.
Apple akan mempratonton iOS 16 bersama-sama iPadOS 16, macOS 13, watchOS 9 dan tvOS 16 pada acara WWDC kelak. Acara berkenaan akan berlangsung pada 6 Jun hingga 10 Jun 2022.
Setakat ini tidak dimaklumkan apakah yang akan dibawakan oleh macOS nanti termasuk nama rasminya. macOS Big Sur sebelum ini menampilkan rekaan semula besar. Ia disusuli kemudian dengan kemaskini macOS Monterey yang tidak membawakan perubahan yang signifikan seperti Big Sur.
Mark Gurman turut menyatakan Apple kini sedang dalam proses untuk memperkenalkan beberapa Mac baharu. Antaranya MacBook Air rekaan semula baharu, MacBook Pro 13-inci baharu, iMac 24-inci dan juga Mac mini yang dikemaskini.