Utama Apple iOS 14.7.1 akibatkan masalah “No Service” pada sesetengah pengguna iPhone

iOS 14.7.1 akibatkan masalah “No Service” pada sesetengah pengguna iPhone

1395
1

Kemaskini iOS 14.7.1 telah diterbitkan kepada orang ramai beberapa minggu yang lalu dengan salah satu tujuannya adalah membaiki masalah berkaitan Apple Watch. Bagaimanapun, kemaskini ini dikatakan menjadi punca masalah “No Service” pula pada sesetengah pengguna iPhone.

Menerusi laman sokongan khas Apple berkenaan masalah ketersambungan rangkaian mudah alih, beberapa panduan mengatasi masalah ini telah dikongsikan.

Antaranya, mematikan dan menghidupkan semula data selular, reboot iPhone, menanggalkan kad SIM, melakukan reset tetapan rangkaian, dan mengemaskini peranti. Bagaimanapun, sebahagian tips ini tidak dapat menyelesaikan masalah sesetengah pengguna yang terkesan.

Sebahagian pengguna langsung tidak mendapat isyarat rangkaian dan hanya status “No Service” yang tertera. Seorang pengguna di Twitter mengatakan bahagian yang menunjukkan rangkaian mudah alihnya didapati telah tiada. Manakala sebahagian pengguna yang lainnya melaporkan rangkaiannya menjadi lebih perlahan selepas kemaskini tersebut selain dari panggilan yang kerap terputus.

Antara model iPhone yang dilaporkan terkesan dari kemaskini ini termasuklah iPhone 8 Plus, dan iPhone X. Malah, berdasarkan komen di dalam artikel di 9to5Mac, pengguna iPhone 12 juga turut dilaporkan terkesan.

Malah, ada pengguna yang terpaksa melakukan reset iPhone 12 Pro untuk memulihkan semula masalah ini, namun berhadapan dengan masalah lain pula. Mereka mendapati panggilan yang dibuat tidak stabil, dan iPhone milik mereka mula cepat panas, bateri cepat habis dan padam. Hingga akhirnya terpaksa menggantikan iPhone berkenaan bersama-sama kad SIMnya.

Apple buat masa ini sedang giat berusaha untuk menerbitkan kemaskini iOS 14.8 dan berharap masalah isyarat mudah alih bagi pengguna yang terlibat dapat diselesaikan. Berdasarkan pemerhatian, aduan yang dibuat ini kebanyakannya dari pengguna di luar Malaysia.

Adakah iPhone anda mempunyai masalah mendapatkan isyarat rangkaian mudah alih selepas mengemaskini ke iOS 14.7.1? Kongsikan bersama kami menerusi ruangan komentar di bawah.

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.