Utama Perkhidmatan Instagram dan Facebook dilaporkan sedang alami masalah capaian

Instagram dan Facebook dilaporkan sedang alami masalah capaian

573
0

Jutaan pengguna Facebook dan Instagram di seluruh dunia dilaporkan mengalami masalah capaian sejak dari tengah malam tadi.

Pihak Facebook, yang juga memiliki Instagram, menyatakan bahawa masalah ini berpunca dari “kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dilakukan”.

Pengguna-pengguna yang tidak mendapat akses ke media-media sosial berkenaan beralih ke Twitter untuk meluahkan kekecewaan.

Laman web “Down Detector” turut melaporkan pengguna-pengguna di Amerika Syarikat dan Eropah mencatatkan jumlah penghantaran laporan masalah capaian yang tertinggi setakat ini.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan bilakah masalah capaian ini dapat diselesaikan oleh Facebook.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.