Utama Android Infinix Infinix Zero 30 5G mula dijual di Malaysia pada harga RM1,299

Infinix Zero 30 5G mula dijual di Malaysia pada harga RM1,299

441
0

Infinix baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar baharunya Infinix Zero 30 5G di pasaran Malaysia yang boleh didapati menerusi kedai dalam talian rasminya di TikTok dan juga wakil pengedar yang sah di seluruh negara.

Infinix Zero 30 5G menampilkan paparan melengkung AMOLED 6.78-inci, sesuatu yang amat jarang diketemukan pada sesebuah model telefon pintar peringkat menengah.

Skrin tersebut juga menyediakan sokongan resolusi 1080 x 2400 piksel, kadar penyegaran semula 144Hz, kecerahan puncak 950 nits, dan perlindungan melalui Corning Gorilla Glass. Dalam pada masa yang sama, telefon pintar ini juga mempunyai penarafan kerintangan air dan debu IP53, dwi-pembesar suara, dan satu port USB-C 2.0.

Telefon pintar yang menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 8020 ini bergandingan dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Ia juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 65W melalui USB-C.

Infinix Zero 30 5G menggunakan antaramuka Infinix XOS 13 berasaskan Android 13. Dari segi ketersambungannya, telefon pintar ini menyokong dwi-jalur Wi-Fi, Bluetooth, dan NFC.

Untuk pengimejannya pula, ia menampilkan tri-kamera dengan kamera utama Samsung 108MP dengan OIS, bersama-sama kamera ultra-lebar 13MP dan berkedalaman 2MP. Di hadapannya pula disediakan kamera Samsung 50MP yang mampu merekodkan video 4K pada 60fps.

Harga Infinix Zero 30 5G di Malaysia

Harga Infinix Zero 30 5G di Malaysia adalah RM1,299 dengan pilihan warna Rome Green, Golden Hour dan Fantasy Purple. Menurut Infinix, pembelian menerusi wakil pengedar yang sah berpeluang menerima beg kulit berwarna hitam Infinix secara percuma selagi stok masih ada.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.