Utama Android Honor HONOR X9a 5G bakal di lancarkan di Malaysia; Menampilkan Skrin Melengkung OLED...

HONOR X9a 5G bakal di lancarkan di Malaysia; Menampilkan Skrin Melengkung OLED Ultra Kukuh

192
0
HONOR X9a 5G Teaser

KUALA LUMPUR, 1 Disember 2022 – HONOR Malaysia mengumumkan telefon pintar baharu HONOR X9a 5G bakal memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat. Peranti ini merupakan generasi baharu siri HONOR X selepas pelancaran model pendahulunya di Malaysia awal tahun ini. 

Sebenarnya, HONOR telah mengumumkan perkenalan model baharu yang meneruskan kegemilangan generasi HONOR X9 5G terdahulu pada September lalu dan hari ini, jenama berkenaan mengesahkan ianya HONOR X9a 5G.

HONOR X9a 5G – Skrin Melengkung OLED Ultra Kukuh

Siri HONOR X dikenali dengan kualitinya dan menerima banyak maklum balas positif daripada penggunanya di negara ini. Poster rasmi di atas menggambarkan HONOR X9a 5G telah jatuh ke lantai dengan kesan retakan di kelilingnya akibat impak hentakan. Turut dipaparkan pada poster tersebut adalah ayat ‘Skrin Lengkung OLED Ultra Kukuh’ untuk memaklumkan skrin HONOR X9a 5G sangat kuat. 

Menarik tentang HONOR X9a 5G, sistem pintar AI Anti-Mistouch menyelesaikan masalah sentuhan tanpa sengaja dan kepekaan yang sering dihadapi pengguna telefon pintar skrin melengkung. Sekiranya tangan tersentuh bahagian tepi skrin, ia tidak akan memberi sebarang respons dan ini dapat mengurangkan masalah ‘mistouch’ oleh pengguna skrin melengkung.

Mengenai ketahanan skrin lengkung, HONOR X9a 5G dimuatkan dengan kaca diperkukuh super 0.65mm yang mempunyai ketahanan jatuh kuat. HONOR X9a 5G sudah melalui 33 ujian teliti antaranya menjatuhkan peranti ini di atas mamar dan lantai konkrit simulasi untuk membuktikan kualitinya. 

HONOR X9a 5G akan meneruskan kekuatan siri HONOR X sebagai telefon berkualiti tinggi, berpatutan harga dan pilihan lebih baik kepada konsumer tempatan. Maklumat lanjut mengenai HONOR X9a 5G boleh layari laman web https://www.hihonor.com/my/ atau mengikuti Facebook HONOR Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.