KUALA LUMPUR, 20 Mac 2025 – HONOR telah mengacah lima produk semua senario baharu yang akan dilancarkan di Malaysia. Sebelum itu, HONOR hari ini secara rasmi mengumumkan salah satu daripada barisan peranti tersebut adalah tablet baharu HONOR Pad X9a versi WiFi yang akan dijual di Malaysia mulai 26 Mac 2025.
Tablet Generasi Seterusnya untuk Pengalaman yang Dipertingkatkan
HONOR Pad X9a dibina berdasarkan kejayaan HONOR Pad X9 yang merupakan tablet paling laris di Malaysia pada 2023 dengan jumlah penghantaran tertinggi dalam segmennya. Menyedari permintaan tinggi untuk tablet ini, HONOR memperkenalkan generasi seterusnya dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan, paparan unggul dan bateri lebih besar. Ini termasuk memberi papan kekunci dan stylus percuma, sekaligus menawarkan nilai yang lebih tinggi kepada pengguna.
Direka sebagai ‘teman menonton drama’ terbaik, HONOR Pad X9a sesuai untuk peminat tegar drama yang sentiasa menonton siri kegemaran pada bila-bila masa, di mana sahaja.
HONOR Pad X9a: Paparan Terbaik untuk Pengalaman Drama yang Lebih Mengasyikkan
HONOR Pad X9a menetapkan standard yang baharu dalam kategorinya dengan Paparan HONOR FullView 2.5K 11.5 inci, menawarkan visual luar biasa, warna terang dan butiran jelas. Yang penting, HONOR Pad X9a satu-satunya tablet dalam segmennya yang menyediakan paparan 2.5K, menjadikannya pilihan terbaik untuk penggemar hiburan.
Dengan kadar segar semula 120Hz, pengguna dapat menikmati tatalan yang ultra lancar dan transisi yang sempurna, meningkatkan pengalaman hiburan dan produktiviti. Dilengkapi dengan teknologi Keselesaan Mata HONOR, tablet ini mengurangkan ketegangan mata untuk sesi tontonan yang lebih lama, memastikan keselesaan semasa menonton drama pada jangka masa yang panjang. Dengan ciri-ciri yang mengagumkan ini, platform penstriman terkemuka Asia, iQIYI, telah secara rasmi mengiktiraf HONOR Pad X9a sebagai Pilihan Utama iQIYI untuk Pengalaman Drama Terbaik.
Strim Drama Berterusan dengan Bateri 8300mAh
Dengan bateri besar 8300mAh, HONOR Pad X9a menjamin hiburan tanpa henti, memberikan penstriman berterusan di iQIYI sehingga 11.5 jam dengan sekali cas. Tablet ini juga menyokong pengecasan pantas dengan 35W HONOR SuperCharge.
Dengan reka bentuk yang ringan dan nipis, tablet ini amat mudah untuk dibawa, menjadikannya sesuai untuk golongan profesional, pelajar dan ketika menaiki kemudahan awam. Dengan jangka hayat bateri yang panjang dan pengurusan kuasa yang cekap, pengguna boleh meninggalkan pengecas tablet di rumah dan menikmati kandungan semasa dalam perjalanan.
Keseimbangan Lancar Antara Produktiviti dan Hiburan
Selain menikmati hiburan tanpa henti, HONOR Pad X9a juga direka sebagai peranti produktiviti yang versatil. HONOR menawarkan tablet ini dengan papan kekunci dan stylus percuma, membolehkan pengguna bekerja, mencatat nota, dan melakukan pelbagai tugas dengan mudah, menjadikannya teman yang sempurna untuk kerja dan hiburan.
Tanda Tarikh 26 Mac 2025, Hari Pertama Jualan HONOR Pad X9a!
HONOR Pad X9a versi WiFi akan menjadi peranti pertama daripada produk semua senario HONOR yang terlebih dahulu dijual secara rasmi pada 26 Mac 2025, sekali dengan pengumuman harga jualan.
Teruskan bersama HONOR untuk perkembangan lanjut mengenai pelancaran barisan produk semua senario yang lengkap dalam beberapa minggu akan datang. Untuk maklumat lanjut dan mengetahui produk yang bakal tiba, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/.